Kita sedia maklum bahawa pendedahan cahaya matahari yang berpanjangan akan menyebabkan penuaan kulit pramatang seperti kedutan, garis halus dan pigmentasi. Walaupun kita tidak dapat menghentikan penuaan, tetapi kita dapat melambatkan tanda-tanda kerosakan kulit akibat sinaran matahari.
Oleh itu, penting untuk kita mendapatkan krim pelindung matahari yang sesuai dengan kulit serta tidak mendatangkan mudarat.
Perkenalkan Sunplay Skin Aqua Physical Sunscreen SPF50+
Jenama Sunplay memperkenalkan Sunplay Skin Aqua Physical Sunscreen SPF50+ untuk melindungi kulit dengan sebaiknya.
- Foto – Sunplay
Dengan Teknologi InvisShield yang inovatif, tekstur pelindung matahari terasa sangat ringan, tidak berminyak, menyebar dengan mudah dan senang diserap ke dalam kulit tanpa meninggalkan sisa atau bekas putih.
Sesuai Untuk Kulit Sensitif
Sunscreen ini menyediakan 100% spektrum luas SPF50+ PA++++ dengan perlindungan UVA dan UVB yang sesuai untuk kulit sensitif.
Ia mengandungi ceramide dan ekstrak botani semula jadi untuk menguatkan penghalang semula jadi kulit demi penghidratan yang lebih baik, melegakan kemerahan dan mencegah kekeringan yang disebabkan oleh pendedahan cahaya matahari.
Bebas Daripada 6 Perengsa Utama
Produk ini selama dan lembut untuk digunakan pada kulit yang paling cerewet. Sunplay Skin Aqua Physical Sunscreen SPF50+ bebas daripada 6 perengsa utama – bebas alkohol, bebas paraben, bebas pewarna dan bebas oxybenzone, dan tidak mempunyai minyak mineral atau penapis kimia.
- Foto – Sunplay
Sunplay Skin Aqua Physical Sunscreen SPF50+ sesuai untuk semua jenis kulit, dan telah diuji pada kulit sensitif secara klinika. Dijual pada harga RM78.90, ia boleh didapati di farmasi dan pasar raya terkemuka.