Siapa yang mengikuti perkembangan Miss Universe, pasti ketahui bahawa Canada telah memilih wanita kulit hitam untuk takhta Miss Universe Canada 2020.
Ini bukanlah kali pertama Canada membuat kejutan dan sejarah. Kemenangan Nova Stevens merupakan kali kedua untuk gelaran tersebut selepas Juliette Powell memenanginya pada tahun 1989.
- Foto – Instagram
Wanita kelahiran Kenya dan dibesarkan di Canada ini cukup aktif sebagai aktivis Black Lives Matter, bahkan mengangkat mesej tersebut ke arena pertandingan Miss Universe.
Gaun Couture Memukau
Dengan ketinggian 183cm, wanita kurus tinggi lampai ini memukau netizen dengan fesyen luar biasa.
- Foto – Instagram
Menyarung gaun couture rekaan Jaggy Glarino dan Michael Cinco, Nova Stevens cukup mempesona dan jangan terkejut kalau dia merupakan calon favorite Miss Universe kali ini.
- Foto – Instagram
- Foto – Instagram
Nova Stevens menarik perhatian dengan pengenalannya dalam pertandingan Miss Universe, dengan menyatakan:
“Selamat petang, saya Nova Stevens. Saya seorang Kanada dan wanita kulit hitam. Berdiri di hadapan anda, saya mahu anda melihat saya sebagai wanita kulit hitam. Ya. Saya mahu anda melihat warna. Kerana melihat warna tidak bermaksud anda rasis; sebaliknya, ini membolehkan anda melihat perjuangan yang dialami oleh orang-orang kulit berwarna.
Anda pernah mendengar berita itu. Anda pernah membaca kisahnya. Kehidupan orang kulit yang tidak bersalah telah hilang akibat kekejaman polis dan jenayah kebencian. Kami mahu anda melihat kami. Kami mahu anda mendengar kami. Kami mahu anda merasakan kami.”
Adakah Nova Stevens akan memenangi gelaran tersebut? Sama-sama kita nantikan pertandingan akhir pada 16 Mei ini.