Tidak dinafikan ramai wanita lebih gemar memilih menari bagi menurunkan berat badan dan mendapatkan tubuh yang langsing, tapi bukan semua tarian adalah bagus untuk menurunkan berat badan sebaliknya ia boleh memudaratkan diri jika tidak berwaspada.
Menyentuh mengenai tarian yang boleh turunkan berat badan ini, terdapat video tarian yang viral di TikTok yang dikatakan berkesan untuk turunkan berat badan dan melangsingkan tubuh wanita.
Video yang tular ini mendapat perhatian orang ramai di sosial media, terutama kaum hawa yang ingin menurunkan berat badan masing-masing.
Tarian ‘Weight Loss’ Viral
Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Janny ini banyak berkongsi video-video tarian, yang dikatakan mampu membuatkan perut kempis, pinggang ramping dan dapat menurunkan berat badan.
Menerusi akaun TikToknya @janny14906, Janny berkongsi tarian ‘Weight Loss’ bagi yang berminat untuk dapatkan tubuh badan idaman dengan hanya menari tarian ini.
Tarian Untuk Bakar Lemak Perut
@janny14906 As long as you enjoy the skinny come together.#exercise #fitues #abdominales #abs #gym #fit#workout#ejercicio #core #ejerciciosencasa
Tarian Kecilkan Peha Dan Pinggang
@janny14906 As long as you enjoy the skinny come together.#exercise #fitues #abdominales #abs #gym #fit#workout#ejercicio #core #ejerciciosencasa
Tarian Senaman Berkesan 100 Peratus
@janny14906 As long as you enjoy the skinny come together.#exercise #fitues #abdominales #abs #gym #fit#workout#ejercicio #core #ejerciciosencasa
Dipetik dari Cosmopolitan, Janny menyatakan bahawa tarian senaman yang muatnaik di akaunnya itu 100 peratus berkesan bagi membakar lemak perut, paha dan mengecilkan pinggang.
Dengan melakukan rutin senaman ini selama satu jam setiap hari, tidak mustahil untuk wanita mendapat tubuh dan berat badan idaman dalam tempoh yang singkat.
Pakar Kata Bahaya
- Foto – TikTok @janny14906
Senaman yang menjadi kegilaan ramai ini sebenar berbahaya untuk kesihatan manusia, baik dari segi fizikal mahupun mental.
Dipetik dari Insider, trainer bertauliah Lee Sohee menjelaskan senaman tarian yang dikongsikan oleh Janny di TikTok itu boleh beri mudarat pada kesihatan.
- Foto – Help Guide
Apatah lagi dalam video berkenaan, menunjukan dengan hanya melakukan senaman tarian cengkam perut selama satu jam dan individu boleh memakan apa saja makanan merupakan tabiat yang tidak bagus.
Sohee sendiri menyatakan bahawa gaya tabiat tersebut tidak baik untuk diikuti, tambahan lagi senaman tersebut bukan cara untuk hilangkan lemak perut.
- Foto – Pinterest
Selain Sohee, pakar psikologi Sirin Atceken yang berkhidmat sebagai konsultan kesihatan di WeCure juga menyatakan orang ramai terutama kaum wanita mudah terpedaya dengan ideologi cepat kurus yang terdapat sosial media.
Tiada jalan mudah untuk kurus, Sirin menjelaskan dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang, senaman yang betul dan mendapat waktu tidur yang mencukupi tidak mustahil untuk wanita dapatkan tubuh dan berat badan idaman.
Jadi daripada nak ikut senaman viral di sosial media, lebih baik ikut kelas video senaman dari trainer bertauliah!