Nampaknya giliran Kris Jenner pula akan mengeluarkan produk kecantikannya sendiri. Hal ini selepas dia dikhabarkan mendapatkan trademark “Kris Jenner Beauty”, “Kris Jenner Skin” dan “Kris Jenner Skincare.”
Mengesahkan khabar angin itu, wanita 65 tahun ini telah membuat beberapa sampel. Kira-kira empat atau lima tahun yang lalu, saya memutuskan untuk menghasilkan formula bagi produk penjagaan wajah.
“Bila waktunya tepat, setahun dari sekarang, atau mungkin dua… saya akan mengeluarkan skincare line saya.
Wanita kepada tujuh orang anak ini sangat mementingkan soal penampilan, lebih-lebih lagi soal kecantikan kulit wajah. Kris berkongsi beberapa rahsia penjagaan kulitnya selama bertahun-tahun.
Kris melabur untuk kulitnya
- Foto – Hola
Kris obses dengan kulit dan selalu merawatnya dengan baik. Ketika muda, dia menyedari betapa penting pelembap dan mendapatkan facial dari semasa ke semasa untuk membantu merawat kulit.
Rutin sangat sederhana
Walaupun dia tidak berkongsi perincian mendalam mengenai rutinnya, jelas dia percaya pada kekuata pelembap dan rawatan facial.
- Foto – Pinterest
Dua pelembap yang digunakan adalah La Mer Mini The Moisturizing Soft Cream dan Thibiant Beverly Hills New Radiance Optimum Synergy Cream.
Dapat petua dari anak-anak perempuan
Bertuah Kris mempunyai anak-anak perempuan yang peka akan penjagaan kulit. Mereka cukup spesifik mengenai cara menggunakan produk tertentu.
- Foto – Yahoo
Contoh seperti menggosok secara ke atas dan ke seluruh wajah dan leher. Teknik urutan mini yang banyak memberi manfaat kepada kulit serta mengagumkan.
Faham akan kepentingan SPF
- Foto – Life & Style
Kalau dulu sekadar meletakkan baby oil tetapi sekarang Kris benar-benar menjaga diri dengan cara yang betul. Bila berada di kolam renang, dan bersantai di bawah matahari, dia mendapatkan produk yang baik untuk kulit wajahnya.
Cuci wajah dengan tuala washcloth
- Foto – Etsy
Cuci wajah setiap malam menggunakan tuala terry washcloth yang panas. Ia bertindak sebagai pengelupasan semula jadi dengan melonggarkan sel-sel kulit mati, membuka pori-pori dan melembutkan kulit.
Tak lupa kesihatan gigi
Tukar berus gigi baru setiap tiga minggu untuk menyokong kesihatan gigi. Mulut anda terkumpul banyak bakteria, jadi, sangat penting untuk menjaganya. Jangan lupa floss benang setiap malam.
- Foto – Avalon Dental Care
Tak sabar nak menantikan skincare line Kris Jenner. Agaknya ramuan utama apa yang akan digunakan? Adakah sesuai untuk semua peringkat usia atau fokus kepada anti penuaan? Sama-sama kita nantikan.
Buat masa ini, anda bolehlah ikut tips penjagaan wajah Kris yang serba ringkas. Selamat beramal!