Baru-baru ini kecoh di sosial media, bila mana ramai yang mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) di wad bersalin penyanyi tersohor negara Dato Sri Siti Nurhaliza.
Semua ini bermula bila mana netizen melihat foto dan video anak lelaki sulung Siti Nurhaliza baru sahaja selamat dilahirkan di wad bersalin penyanyi tersebut.
Gara-Gara Foto Dan Video Melawat Di Wad Tersebar, Siti Dikecam
- Foto – Instagram @asyrafkhalid
Foto dan video yang dirakam dan dimuatnaik di Instagram anak tiri penyanyi itu sendiri iaitu Asyraf Khalid, membuatkan netizen mula menyelar penyanyi kesayangan negara ini dengan mempersoalkan SOP melawat di wad bersalin tersebut.
Rata-rata ramai yang bertanya cara pengurusan pihak hospital Siti Nurhaliza kerana membenarkan ramai melawat wad bersalin penyanyi tersebut seperti juru gambar, juru kamera dan sanak saudara dalam wad tersebut.
- Foto – Twitter @faizanuar/Instagram @asyrafkhalid
Netizen Persoal SOP Melawat Wad Bersalin Siti Nurhaliza
Isu panas ini mula menjadi perbualan hangat di Twitter bila mana ramai menyoalkan prosedur operasi standard (SOP) di wad bersalin penyanyi tersohor negara ini, sedangkan ramai netizen menyatakan bahawa wad bersalin tidak boleh dimasuki oleh sesiapapun melainkan suami sahaja.
- Foto – Twitter
- Foto – Twitter
Bangkit Isu Double-standard
Isu yang melanda ini, membuatkan netizen menyatakan situasi yang berlaku pada Siti Nurhaliza merupakan double-standard berbeza cara layanan dengan orang biasa.
Netizen meluahkan meski selebriti bersalin di wad swasta sekalipun, SOP tetap harus dijaga tetapi bila melihat foto dan video yang tersebar membuatkan netizen tidak senang hati dan makin banyak kritikan keluar di sosial media.
- Foto – Twitter @faiqanuar
- Foto – Twitter
Boleh Melawat Tapi Kena Buat Swab Test Dulu
Dipetik dari Astro Awani, meski kebanyakan hospital memang tidak membenarkan pelawat datang semasa pandemik ini tetapi terdapat hospital swasta yang mempunyai peraturan dan syarat kemasukan yang longgar semasa pandemik ini.
- Foto – Twitter
Apa yang dititikberatkan hospital swasta adalah, individu yang ingin melawat harus membuat swab test terlebih dahulu sebelum menziarahi pesakit.
Terdapat pengguna Twitter memberitahu, bahawa ke semua yang melawat Siti Nurhaliza dan anak lelaki sulungnya di hospital telah menjalani swab test sebab itu mereka dibenarkan masuk melawat.
Apa-apa pun tahniah buat Dato Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan anak lelaki sulungnya bersama Datuk Khalid, dengan berat 3.84 kilogram di hospital Thomson Kota Damansara pada 19 April 2021 baru-baru ini.