Pernah tak bangun sahaja melihat cermin, mula nampak jerawat penuh di muka atau baru timbul baru?
Kalau bab jerawat, memang tak dinafikan setiap individu pasti mencari pelbagai petua dan penyelesaian untuk menghilangkannya.
Sama seperti seorang gadis ini, Beth Moreton berkongsi di TikTok mengenai rutin penjagaan wajahnya. Menurut Beth, sebelum ini kulitnya menjadi breakout dan berjerawat.
Tetapi menggunakan satu sabun ‘ajaib’ ini, wajahnya terus berubah menjadi sihat dan cantik seperti sediakala.
Hanya guna sabun ini sahaja untuk bersihkan wajah
Berkongsi di TikTok, Beth mengatakan dia tidak lagi menggunakan pencuci wajah yang lain selepas mencuba Dove’s Beauty Cream Bar bagi membersihkan wajahnya setiap hari.
Menggunakan sabun itu selama 7 hari, wajah Beth telah menunjukkan perubahan yang ketara apabila bintik-bintik dan cela mula hilang dan pudar.
Menerusi klip video yang pendek itu, gadis itu juga menunjukkan cara dia menggunakan sabun bar tersebut untuk membersihkan wajahnya.
“Saya basahkan sabun dan gosokkan tangan saya dengannya. Kemudian, sapu di keseluruhan wajah dengan lembut.”
Manakala untuk membersihkannya pula, Beth menggunakan remover pad yang lembut dan air suam untuk meninggalkan kesan kulit yang berseri.
@bethmoretonxx Day 7 of using Dove on my face🥰🥰🥰 really recommend this!!! #dove #soap #fyp #skin
Tak mengeringkan kulit seperti sabun bar lain
Berbeza dengan sabun bar yang lain, Dove’s Beauty Cream Bar ini bertindak sebagai pembersih ringan bagi merawat, menghidrat dan melembutkan kulit.
Malah sabun bar ini juga membantu kulit kamu mengekalkan kelembapan semula jadi dan menambahkan nutrien yang sering hilang semasa proses pembersihan berlaku.
Pada masa yang sama, kamu boleh gunakan sabun bar ini di tempat lain selain wajah. Dan kamu tak perlu risau kerana sabun ini tidak akan mengeringkan kulit seperti sabun bar lain.
Rupanya ramai juga guna sabun ini sebagai pencuci wajah
Melihatkan perkongsian yang dibuat oleh Beth, ramai pengguna TikTok lain berkongsi pengalaman mereka menggunakan sabun bar ini.
“Saya baru mula pakai sejak tiga hari yang lalu! Memang sangat bagus, terima kasih sebab yakinkan saya.”
“Saya gunakannya sebanyak 2 kali sehari sepanjang minggu ini dan ia sangat gila! Harap saya tahu sebelum ini.”
“Pencuci wajah? Nenek saya pernah gunakan sabun ini dan tak hairanlah kenapa wajah pernah menjadi bersih.”
Memang tak sangka sabun bar ini boleh hilangkan jerawat dalam jangka masa pendek. Bagi kamu yang cuba menggunakan sabun Dove’s Beauty Cream Beauty Bar ini, kamu boleh beli [DI SINI].
Selamat mencuba!