Selain daripada “Alpha Woman“, kamu pernah dengar istilah lain seperti “Beta Woman” dan “Omega Woman“?
Ketiga-tiga istilah ini sering digunakan untuk mengkategorikan setiap wanita berdasarkan karakter, keperibadian dan tingkah laku mereka dalam kehidupan harian.
Kali ini Wanista akan kongsikan fakta setiap satunya dan kamu boleh nilai yang mana satu menggambarkan diri kamu, okay?
Wanita Alfa Si Gagah Perkasa
- Dikenali sebagai dominan yang agresif kerana memiliki banyak karakter dan personaliti yang menonjol berbanding orang lain.
- Percaya dan ada keberanian yang tinggi sehingga kerap menunjukkan kemampuan dan kelebihannya di hadapan orang ramai.
- Mempunyai prinsip yang jelas dalam hidup yang membuatkan individu ini tahu apa yang diinginkan dan sering disegani oleh orang sekeliling.
- Wanita Alfa mudah dijumpai kerana individu ini suka menjadi ‘pusat perhatian’ dengan sikap terbuka dan mudah berinteraksi dengan sesiapa sahaja.
- Bersaing dengan lelaki Alfa, individu ini akan mengambil peranan dengan mencabar diri bagi menguji diri sebagai pemimpin dan memajukan kedudukan sosialnya.
Sangat Lemah Lembut Si Wanita Beta
- Sangat berbeza daripada yang lain, wanita Beta lebih cenderung mempunyai personaliti yang pasif dan tenang.
- Individu ini juga sangat berhati-hati dalam tingkah lakunya dan gemar untuk memerhati perkara yang berlaku di sekelilingnya.
- Sangat lemah lembut dan penuh dengan empati.
- Merupakan sejenis rakan yang sangat menyokong rakannya dalam segala situasi.
- Tidak suka berada di khalayak ramai dan lebih gemar berada di belakang tabir.
- Tidak sesuai memegang jawatan seperti kepimpinan, tetapi jika memegangnya dia boleh menjadi ketua yang bertanggungjawab dan setia kepada pasukannya.
Wanita Omega Mahukan Kebebasan Abadi
- Mempunyai watak yang sangat unik dan sering digelar sebagai wanita yang mencintai kebebasan dan tidak bergantung pada orang lain.
- Memiliki sisi berani seperti wanita Alfa tetapi pada masa yang sama individu ini juga mempunyai sisi yang tertutup seperti wanita Beta.
- Mempunyai cita-cita tinggi tetapi tidak suka mendedahkan pada orang lain.
- Lebih memilih untuk bekerja secara bersendirian dan sering mengelakkan daripada melakukan kerja berpasukan.
- Wanita Omega mempunyai kehidupan yang santai tetapi setiap satu daripadanya mempunyai tujuan yang tetap.
Secara dasar setiap wanita itu berbeza mengikut personaliti dan tingkah lakunya. Dan di antara setiap satu daripada karakter inilah menjadikan seseorang wanita itu sama ada Alfa, Beta atau Omega.
Daripada ketiga-tiga jenis ini, yang mana satu menggambarkan diri kamu?