Pernah tak kamu membeli produk dalam talian dan mendapatinya palsu serta tidak berkualiti?
Bukan sahaja produk mekap malah nak beli skincare pun perlu berhati-hati kerana ramai penjual yang menjual produk palsu.
Walaupun ianya kerap berlaku tetapi ada seorang pengguna di Twitter cuba untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai The Ordinary Niacinamide yang palsu.
Bagi pembaca yang menggunakan The Ordinary Niacinamide, baca sampai habis untuk tahu produk kamu palsu atau original.
Ramai Rupanya Menjual The Ordinary Niacinamide Palsu
Sebut sahaja The Ordinary Niacinamide, memang tak dinafikan ramai pengguna yang sangat sukakan produk ini.
Kalau kamu nak tahu, produk ini bagus untuk melembapkan kulit, mengawal pengeluaran minyak berlebihan dan paling penting dapat pudarkan bekas jerawat dan parut.
Melihatkan kepopularan dan jumlah permintaan yang tinggi, ada beberapa penjual cuba mengambil kesempatan dengan menjual produk yang palsu dengan harga yang lebih murah.
Guys 😫😫😫
Berapa kali dah nak cakap jangan beli The Ordinary dekat seller ntah apa2.
Jangan sebab nak murah pastu kulit muka rosak. Kita ni sebagai pembeli mana la nak tahu fake atau ori 😭 pic.twitter.com/K5FxnDAPbs— Izzat 🌟 (@izzatchubbz) March 18, 2021
Apabila pengguna guna produk yang palsu, ianya bukan sahaja tak berkualiti malah boleh hadapi risiko tinggi kepada kerosakan kulit wajah yang sangat teruk.
Antara kesan penggunaan produk yang palsu adalah keradangan kulit, atau mengelupas dengan teruk malah jerawat juga boleh tumbuh dengan mendadak.
Cara Untuk Tahu Sama Ada Palsu Atau Original
Walaupun sekarang mudah untuk membeli The Ordinary Niacinamide di dalam talian, tetapi kamu perlu perhatikan beberapa perkara ini.
Malah kamu boleh rujukan semasa membeli untuk mengelakkan daripada mendapat produk palsu.
#1 Penjual Dalam Talian
Sebelum membeli produk The Ordinary, pastikan kamu tahu penjual tersebut merupakan orang tempatan ataupun bukan.
Kemudian kamu perlu tahu bahawa di Asia, negara Korea Selatan sahaja yang menjadi pengedar dan pengeluar yang sah untuk produk ini.
Jika kamu mendapat barangan yang diimport dari negara Asia lain seperti China, berkemungkinan barangan yang kamu terima itu sebenarnya palsu.
#2 Tekstur Kotak
Manakala tekstur kotak pula, yang palsu akan rasa seperti kotak biasa sahaja. Tetapi yang original akan lebih cenderung kepada sentuhan baldu.
#3 Konsistensi Ceceair
Untuk konsistensi cecair, The Ordinary Niacinamide yang original akan kelihatan sedikit keruh dan sangat likat.
Manakala jika kamu dapat konsistensi cecair yang jelas dan berair, ianya palsu.
#4 Harga Lebih Murah
Membeli dalam talian, kamu perlu pertimbangkan kos penghantaran, pembungkusan, untung, cukai dan juga yuran transaksi media sosial seperti Shopee.
Jika satu The Ordinary Niacinamide berharga melebihi RM 30, harga keseluruhan boleh menjangka sehingga ke RM 50.
Tetapi jika kamu membelinya dengan harga lebih murah, ianya mempunyai risiko produk yang palsu.
#5 Jarak Penutup Dan Botol
Untuk produk yang palsu, jarak penutup dan botol tiada jarak, manakala untuk yang original ada jarak sedikit di bahagian tersebut.
#6 Ketinggian Penutup
Bagi The Ordinary Niacinamide yang original, ketinggian penutupnya pendek, tetapi yang palsu akan sedikit panjang dan tebal.
Selain The Ordinary Niacinamide atau mana-mana produk, tak salah berbelanja lebih untuk mencantikkan wajah. Elakkan beli produk palsu jika tidak mahu wajah menjadi rosak.
Apa-apa pun, jadi pengguna yang bijak okay?