Pelik bukan apabila mendengar mengenai seorang wanita memiliki dua faraj. Bagaimana agaknya situasi itu?
Situasi yang jarang berlaku itu dipanggil sebagai uterus didelphys di mana dia mempunyai dua faraj dan dua rahim sejak berusia 14 tahun.
Andreea yang berusia 26 tahun telah mengatakan dirinya berhadapan dengan kesakitan melampau ketika datang haid iaitu kesakitan sebanyak dua kali ganda.
Susah Untuk Mengesan Situasi Itu
Menurut Andreea, situasi di mana memiliki dua faraj dan dua rahim itu sukar untuk dikesan pada permulaanya. Apabila dia berasa tidak selesa dengan dirinya, dia mula mendapatkan pemeriksaan kesihatan seksual.
Kadang kala situasi ini tidak dapat dikesan secara bertahun-tahun walaupun mengalami pelbagai gejala. Antaranya ialah kekejangan luar biasa ketika datang haid, pengeluaran darah yang tidak normal atau keguguran yang berulang kali.
Sejak beberapa tahun sebelum didiagnos dengan penyakit uterus didelphys, Andreaa telah mengalami kesakitan dua kali ganda sehingga menyebabkan ia tidak boleh bergerak selama beberapa bulan.
Risau Untuk Memiliki Anak
Dalam pada masa yang sama, Andreea pernah memberitahu bahawa dirinya pernah kehilangan bayi pada usia 17 tahun disebabkan oleh penyakit itu.
“Saya dan pasangan masih lagi bimbang untuk komplikasi yang akan berlaku tetapi kami masih lagi berusaha untuk memiliki anak.”
Kedua-dua rahimnya masih lagi berfungsi tetapi pakar telah memberitahu bahawa ruang dan saiz rahimnya yang kecil itu mempunyai peluang pembiakan yang rendah. Keadaan ini akan menyebabkan bayi susah untuk berkembang dan mengalami keguguran.
Mahu Memberi Kesedaran Kepada Orang Ramai
“Semasa saya masih remaja, sudah semestinya kita tidak mahu memberitahu situasi sebenar mengenai diri kamu kerana tidak mahu kelihatan berbeza dengan orang lain.”
Andreea berkata dirinya yang tidak peka dengan masalah kesihatan yang dialami ketika remaja membuatkan dia menghadapi situasi itu pada masa kini.
Setelah bertemu dengan pakar mengenai keadaan dirinya, Andrea mengatakan dirinya tidak berasa selesa dan sering dihujani dengan pelbagai jenis soalan dalam dirinya.
“Secara teori saya mempunyai peluang untuk hamil dua orang anak kerana memiliki dua rahim. Tetapi saya mahu tahu adakah anak saya boleh hidup sampai akhirnya?”
Walaupun berlaku situasi yang sama pada wanita lain dan mereka berjaya melahirkan anak dengan selamat. Tetapi baginya dia masih berasa bimbang untuk mengetahui sama ada anaknya boleh menempuh situasi itu untuk dilahirkan atau tidak.
Disebabkan oleh itulah Andreea tidak berasa pelik untuk berbicara tentang situasi penyakit yang dialaminya berbanding dengan dahulu.
Pada masa yang sama, dia berharap apa yang dialaminya memberi kesedaran kepada setiap gadis dan wanita muda lain untuk mengambil berat tentang kesihatan dan badan mereka.