Kadang kala kamu tidak perlu pergi jauh untuk staycation. Di sekeliling kamu sebenarnya sudah ada pelbagai pilihan menarik dan cantik untuk dikunjungi.
Seperti di Kuala Lumpur, pasti kamu tidak tahu ada beberapa hotel butik yang menarik ini wujud. Jika dilihat pada reka bentuk dan dekorasinya pasti kamu tidak sangkakan hotel butik ini boleh menjadi secantik dan setanding dengan hotel yang terkenal.
Dengan harganya yang jauh lebih murah, kamu tidak perlu runsing lagi. Check laman web mereka sekarang juga untuk menempah selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir 18 Februari ini.
KLoe Hotel [TEMPAH]
Terletak di Bukit Bintang iaitu kawasan yang boleh dikatakan sibuk, tetapi lokasi hotel ini tidak berada di tengah-tengah kesibukan kota.
Jauh daripada itu, para pengunjung boleh berasa tenang dan seolah-olah berada dalam sebuah percutian yang sempurna. Menerapkan elemen dekorasi yang memberikan pengalaman seperti di rumah, para pengunjung juga dapat menikmati pemandangan dan berasa santai.
Harga (bermula daripada): RM 240
Alamat: 227, Jln Bukit Bintang, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Container Hotel [TEMPAH]
Sesuai bagi mereka yang memerlukan percutian ala-ala back to nature, Container Hotel ini merupakan lokasi yang sesuai untuk kamu. Walaupun tidak sama seperti berkhemah di dalam hutan, tetapi kamu boleh rasai pengalaman yang sama.
Menawarkan pelbagai jenis bilik untuk dipilih daripada tabung silinder sehinggalah khemah cabana, kamu boleh datang dan bercuti di sini bersama pasangan, keluarga mahupun rakan. Dan, hotel butik ini sangat popular dalam kalangan pelancong dan juga backpacker.
Alamat: Jalan Delima, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Nota: Container Hotel ditutup buat sementara waktu disebabkan oleh PKP. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Container Hotel.
KL Journal Hotel [TEMPAH]
Kalau kamu melihat hotel butik yang berwarna pink, pasti kamu dapat merasakan suasana yang funky dan santai. Mempunyai kolam renang yang terletak di bahagian atas bangunan ini, kamu boleh menikmati hari kamu dengan berenang sambil melihat pemandangan kota.
Pada masa yang sama, buat mereka yang gemar berjemur di bawah matahari, jangan lepaskan peluang untuk berjemur di atas kerusi jemur yang comel dan berwarna-warni sambil menghirup air kelapa segar mahupun cocktail. Feeling macam di pantai!
Harga (bermula daripada): RM 165
Alamat: 30, Jalan Beremi, Off, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
MoMo’s Kuala Lumpur [TEMPAH]
Jika kamu menyukai bilik hotel yang berkonsepkan minimalist, MoMo’s Kuala Lumpur ini adalah pilihan yang tepat untuk dikunjungi. Terletak di Chow Kit, hotel butik ini mempunyai pelbagai jenis kelengkapan bagi memberikan keselesaan pada penggunanya.
Dalam pada masa yang sama, hotel butik ini juga mempunyai MoMosita Taco Bar iaitu sebuah kafe yang membolehkan kamu menikmati makanan Mexico daripada taco, nachos sehinggalah minumannya.
Harga (bermula daripada): RM 63
Alamat: 316, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RuMa Hotel & Residences [TEMPAH]
Terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, para pengunjung boleh menempah pelbagai jenis bilik dan suite mewah dengan harga yang berpatutan.
Setiap satu daripadanya dapat memberikan pemandangan yang sangat cantik dan mengagumkan seperti bandar Kuala Lumpur yang berlatarkan langit. Dan yang menariknya, setiap bilik dan suite mewah ini mempunyai tab mandi.
Harga (bermula daripada): RM 424
Alamat: 7, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Best sangat kalau boleh staycation dekat hotel butik ini! Selain harganya yang berpatutan, persekitarannya juga sudah semestinya dapat memberikan holiday vibes kepada kamu.