Tidak kisahlah berjenama atau tidak, setiap wanita sangat menyukai beg. Dan ada yang sanggup menghabiskan duit untuk mengumpul dan jadikannya sebagai koleksi.
Terutamanya golongan selebriti. Tanpa mengira harga setiap beg, sudah menjadi normal kita melihat para selebriti mengumpul pelbagai jenis beg daripada pereka dan juga jenama-jenama terkenal.
Sama seperti aktres Bollywood ini. Anushka Sharma sering tampil di khalayak ramai dengan beberapa koleksi beg mahalnya itu. Pandai dipadankan dengan gaya pakaiannya, Anushka tidak pernah kecewakan peminat dan juga paparazi dengan penampilannya.
Tetapi jika kamu melihat setiap koleksi beg miliknya, pasti kamu akan melopong dan terkejut kerana tidak sangka harganya boleh menjadi semahal itu. Jadi, penulis akan reveal 8 jenis beg yang paling mahal dalam koleksinya!
CHANEL Deauville Tote [RM 16,108.29]
LOUIS VUITTON Soft Trunk Monogram Eclipse [RM 12,800]
FENDI X FILA Fendi Mania Tote Bag [RM 8,057.16]
FENDI Backpack [RM 7,608.39]
SAINT LAURENT Rive Gauche Tote Bag [RM 5,287.87]
BURBERRY Large Soft Cotton Canvas Belt Bag [RM 4,406.32]
STELLA McCARTNEY Stella Logo Tote Bag [RM 3,375.49]
LOUIS VUITTON Multi Pochette Accessoires [RM 2,900]
Runsing kepala apabila melihatkan harga beg dalam koleksi Anushka ini. Kalau nak kumpul beg sepertinya tidak tahu berapa lama perlu menabung untuk membelinya. Kalau kamu pula, apakah koleksi beg kamu?