Jerawat di wajah merupakan mimpi ngeri setiap wanita, sama ada ketika remaja mahu pun yang dewasa.
Dalam banyak kes, jerawat boleh dirawat dengan krim dan ubat. Walau bagaimanapun, orang yang mempunyai jerawat yang teruk sering memerlukan rawatan yang lebih drastik.
Ramai orang menggunakan rawatan jerawat seperti salicylic acid dan benzoyl peroxide. Namun, suntikan cortisone jauh lebih berkesan. Keradangan menyebabkan jerawat, dan suntikan cortisone membantu mengurangkan keradangan.
Dikatakan suntikan cortisone merupakan jalan pantas untuk menghilangkan jerawat. Ada sesiapa pernah lakukan suntikan ini? Sebelum ada yang teringin dan bercita-cita nak mencubanya, ini yang anda semua kena tahu.
Suntikan Cortisone Cara Pantas Nak Menghilangkan Jerawat
Suntikan cortisone, atau sering disebut suntikan steroid adalah suntikan yang diisi dengan cortisone (hormon sintetik) yang meneutralkan keradangan dan mengecilkan jerawat jenis cystic.
- Foto – Aesthetic Clinic
Apabila hormon anda merangsang pengeluaran minyak berlebihan di pori-pori, bakteria akan menetap dan menghasilkan minyak, sehingga menimbulkan keradangan yang membawa kepada jerawat cystic.
Suntikan ini akan menghantar cortisone terus ke liang pori dan kulit di sekitarnya untuk menutup keradangan dan membantu kulit anda sembuh dengan lebih cepat dan tenang.
Prosedur ini tidak menyakitkan, dan hanya memerlukan masa sekitar satu minit untk dilakukan, bergantung pada keadaan jerawat anda.
Apa Yang Berlaku Selepas Suntikan Cortisone
Memandangkan ianya cepat, anda boleh kembali ke aktiviti normal selepas mendapat rawatan. Anda juga boleh mengenakan mekap, tapi sebaiknya biarkan wajah bareface – jangan lupa krim pelindung matahari.
- Foto – Style Craze
Selalunya jerawat anda akan terus bertambah baik pada keesokan hari. Walaupun dalam kebanyakan kes, jerawat pesakit akan mengecut sehari selepas rawatan.
Namun ada juga yang mengambil masa agak lama untuk mengecut, biasanya selama empat hingga tujuh hari – bergantung kepada saiz dan jenis jerawat juga.
Kesan Sampingan Suntikan Cortisone
Semua orang boleh melakukan suntikan ini atau ada pantang larangnya? Salah satu perkara hebat mengenai suntikan cortisone adalah ianya mempunyai kesan sampingan yang sangat sedikit.
Anda mungkin menjalani sedikit reaksi (macam sakit gigit semut) di kawasan suntikan, tetapi biasanya akan hilang dengan sendiri dan kejap.
- Foto – Magazine Canada
Anda juga mungkin mengalami sedikit hipo-pigmentasi di tempat suntikan jika anda mempunyai kulit yang sangat gelap, tetapi itu juga merupakan kesan sampingan sementara.
Jenis Jerawat Sesuai Dengan Suntikan Cortisone
Suntikan cortisone adalah terbaik untuk jerawat yang tengah naik, seperti cystic, swollen papules, dan tender nodules. Steroid berfungsi dengan menghentikan keradangan.
Walaupun rata-rata yang pernah melakukan suntikan ini berpuas hati dengan result, tapi lebih baik kalau anda runding dahulu dengan yang pakar. Kenali jenis kulit dan minta nasihat agar anda tahu rutin penjagaan wajah yang betul.
Amalkan pemakanan yang sihat, rajin bersenam, tidur jaga dan minum banyak air. Insyaallah itu semuanya membantu untuk kecantikan luar dan dalam.
- Foto – Byrdie
Selamat Beramal!