Panas-panas dapat makan aiskrim, small happiness yang memberi kenikmatan hidup.
Wanista nak kongsikan perisa baru yang boleh anda seisi rumah pertimbangkan bila nak cari aiskrim sedap.
Pereka fesyen tersohor Malaysia, Khoon Hooi baru-baru ini debut dengan Crème De La Crème melahirkan aiskrim perisanya sendiri.
Khoon Hooi Hasilkan ‘Creme Couture’
- Foto – Khoon Hooi
Khoon Hooi dan jenama pencuci mulut Crème De La Crème berkolaborasi menghasilkan aiskrim yang pertama dinamakan ‘Creme Couture’ paling lazat pernah dinikmati.
Terjemahan Estetik Fesyen Ke Dalam Manisan Aiskrim
‘Creme Couture’, aiskrim dicipta berlandaskan elemen estetik fesyen yang eksklusif menggunakan bahan premium dan elegan, semestinya edible.
“Penggunaan fabrik berkualiti dan mewah merupakan asas ciptaan saya, dan saya teruja dengan terjemahan couture pertama ke dalam manisan penuh bergaya yang boleh dimakan.
“Kami selalu terinspirasi oleh seni dan fesyen. Kami sangat gembira ketika kami memasuki dunia fesyen yang lebih tinggi, di mana gastronomi ‘berkahwin’ dengan haute-couture. Yang pertama untuk Malaysia.
Creme Couture Aiskrim Madu Organik
- Foto – Crème De La Crème
Aiskrim madu organik premium 100% segar diselaraskan dengan krim putih dan kuning bebas pengawet bersama goji beri serta dilapisi coklat gelap Perancis, terkenal dengan sifat antioksidan dan penyembuhan.
Nak rasa macam aiskrim madu premium penuh kesegaran yang dihasilkan Khoon Hooi, harga untuk 200ml ialah RM18.90 + sst dan 300ml ialah 25.90 + sst. Tersedia dari 29 Januari hingga 28 Feb 2021.
Lokasi:
- Flagship outlet – 35G, Ground Floor, Jalan SS21/60 Damansara Utama (Tel: +60 12-281 5123)
- 2nd outlet – 163 Retail Park, Ground Floor (Tel: +60 17-317 0823)
Info lanjut, rujuk Instagram @mycdlc.