Bigbang Top, Jackson Wang, BTS, Keanu Reeves dan ramai lagi selebriti melakukan isyarat ‘manner hands’ bila bergambar dengan individu berbeza jantina.
Tapi apa benda ‘manner hands,’ dan kenapa ianya satu sikap yang terpuji? Ini yang nak Wanista selongkar.
Dikatakan Bermula Di Korea
Korea adalah sebuah negara yang sangat mengutamakan rasa hormat, kesopanan, dan tradisi tanpa mengira usia dan jantina. Ini tercermin dalam budaya yang dikenali sebagai ‘manner hands,’ iaitu cara tangan atau etika dalam bentuk gerakan tangan.
- Foto – Twitter
Mungkin orang barat merasakan ia satu gesture yang canggung, tetapi di Korea ia menunjukkan rasa hormat terhadap batas dan ruang peribadi seseorang (berlainan jantina). Ia digunakan untuk menggambarkan perletakan tangan yang betul dan sopan.
Ambil Gambar Tapi Ada Caranya
Secara amnya, ini merujuk kepada selebriti lelaki yang tidak menyentuh wanita khususnya ketika bergambar.
- Foto – KstarLive
Tepatnya, selebriti Korea menunjukkan etika tangan dengan tidak menyentuh bahagian tubuh wanita ketika mengambil gambar bersama. Biasanya, mereka masih menunjukkan gaya memeluk, namun tidak membiarkan telapak tangan menyentuh.
Walaupun dianggap tidak sopan di negara-negara barat, manner hands mendapat respons positif dan pujian baik dari media dan komuniti netizen di Korea Selatan.
- Foto – Insider
Walaupun skinship (keintiman fizikal biasanya dalam bentuk ciuman dan pelukan) sesama jantina adalah normal di Korea, tetapi interaksi sosial antara lelaki dan wanita masih lagi ketat, dan mereka sangat menghormati satu sama lain.
- Foto – Twitter
Wah bagus mereka ye. Tapi apa pendapat anda tentang manner hands? Rasa awkward ke macam mana?