Stress jugalah apabila kunyah sahaja udang goreng dalam mulut, rasanya tidak lagi rangup malah lembik dan tidak juicy.
Sudah habis idea, dan macam-macam cara serta tips telah digunakan untuk kekalkan kerangupan udang selepas digoreng tetapi sama sahaja hasilnya.
Tetapi kamu jangan putus asa! Apa kata kamu cuba tips Yatie Sendayu Tinggi untuk kekalkan kerangupan dan rasa juicy udang tersebut selepas digoreng.
Bahan-bahan:
- Udang
- Tepung jagung
- Tepung beras
Cara-caranya:
- Basuh udang tersebut sehingga bersih.
- Kemudian, campurkan udang tersebut dengan tepung beras dan tepung jagung.
- Bancuhkan sedikit dengan air dan gaul sehingga sebati.
- Panaskan kuali yang diisi dengan minyak.
- Seterusnya, goreng udang tersebut.
- Goreng sehingga udang menjadi garing.
[Lihat dari minit 0:30 sehingga minit 1:00]
Best bukan kalau selepas ini sahaja makan udang rasa rangup dan juicy, tidak seperti sebelum ini. Jadi, kamu tunggu apa lagi? Jangan lupa untuk cuba tips ini.
Selamat memasak!