Gara-gara memakai skirt ke sekolah seorang kanak-kanak Muslim berusia 12 tahun dihantar pulang ke rumah setiap hari, alasan pihak sekolah menghantar pelajar tersebut pulang kerana melanggar protokol pemakaian sekolah.
Hal ini mencetuskan kontroversi di England kerana sebelum ini masalah seperti ini tidak pernah timbul selama kanak-kanak Muslim ini bersekolah di situ.
Skirt Terlalu Labuh, Sekolah Tak Bagi Masuk
- Foto – The Mirror
Sebuah sekolah campuran di England enggan membenarkan Siham Hamud yang berusia 12 tahun memasuki sekolah kerana pakaian sekolah yang dipakainya menyalahi etika pemakaian yang ditetapkan oleh sekolah terbabit.
Siham yang mengenakan skirt labuh kerana ingin menjaga auratnya, dipandangan skeptikal oleh pihak sekolah dan menganggap skirt sekolah yang dipakainya itu terlalu labuh untuk memasuki sekolah.
Dah Bertahun Pakai Skirt Labuh, Tiba-Tiba Kena Tindakan Disiplin?
- Foto – Vogue/The Mirror
Menurut Vogue, ibu bapa Siham menyatakan anak perempuan mereka telah bertahun-tahun memakai skirt labuh paras bawah buku lali di sekolah.
Tetapi tahun lepas pada bulan Disember 2020, guru sekolah mula mengutarakan isu pakaian pada Siham dan sejak itu Siham dihantar pulang ke rumah setiap hari oleh pihak sekolah.
Manakala ibu bapa Siham pula diugut oleh pihak sekolah dengan menyatakan mereka akan mengambil tindakan undang-udang jika masalah yang sama (pemakaian skirt labuh) berlaku lagi.
Ibu Bapa Siham Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang
Bagi ibu bapa Siham mereka berpendapat pihak sekolah mendiskriminasi ke atas anak perempuan mereka, dan ibu bapa Siham akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak sekolah.
Siham Kini Belajar Secara Dalam Talian
- Foto – The Mirror
Oleh kerana masalah pandemik semakin menjadi-jadi, sekolah Siham kini mengadakan kelas secara dalam talian dan ini sedikit sebanyak meringankan rasa tekanan dan beban yang dialami oleh Siham yang masih berusia 12 tahun ini.
Sebenarnya bukan sekolah Siham saja yang secara tiba-tiba ‘menyerang’ pelajar Muslim dengan alasan melanggar etika pemakaian sekolah.
Banyak kes-kes lain yang serupa dan senasib dengan Siham turut berlaku di sekitar England, Perancis dan Amerika Syarikat, sedangkan sekolah sepatutnya menjadi tempat yang neutral dan bukan tempat mendiskriminasi sesuatu bangsa, agama dan warna kulit seorang pelajar.