Pada 26 Disember 2020 baru ini, Kim Kardashian tampil mengenakan fesyen serba hijau ala-ala karakter kartun popular ‘The Hulk’.
Busana yang digayakan oleh ibu kepada empat orang anak ini mencuri perhatian orang ramai, dan masing-masing memberi komen positif terhadap fesyen yang dibawa oleh wanita jelita ini.
‘The Hulk’ Sambut Hari Natal
- Foto – Instagram Kim Kardashian
Sempena menyambut Hari Natal, Kim Kardashian menggayakan fesyen ala seperti ‘The Hulk’ dengan korset berotot warna hijau tua gelap bersama kain pario satin berwarna hijau daun pisang.
Seperti sedia maklum Kim Kardashian cukup berani menggayakan apa jua kostum, dan ini termasuklah fesyen ala ‘The Hulk’ yang kelihatan maskulin dan hot kelihatan cantik terletak di tubuh wanita bekerjaya ini.
Kompilasi Mommy ‘The Hulk’
Nampaknya wanita jelita ini sangat menyukai fesyen yang digayakannya, hingga memuat naik banyak gambar-gambar ‘The Hulk’ miliknya di akaun Instagram. Berikut antara kompilasi gambar ‘The Hulk’ Kim Kardashian.
- Foto – Instagram Kim Kardashian
- Foto – Instagram Kim Kardashian
- Foto – Instagram Kim Kardashian
- Foto – Instagram Kim Kardashian
Netizen Terpegun Lihat Fesyen ‘The Hulk’ Sambut Hari Natal
Melihat fesyen unik Kim Kardashian semasa menyambut Hari Natal, rata-rata ramai netizen berasa terpegun dengan pemilihan fesyen Kim Kardashian.
Kostum fesyen ‘The Hulk’ yang digayakannya berjaya mengundang komen-komen positif dari netizen, kerana berani menggayakan fesyen seperti itu semasa Hari Natal.
- Foto – Instagram Kim Kardashian
- Foto – Instagram Kim Kardashian
- Foto – Instagram Kim Kardashian
Menarik dan kreatif cara Kim Kardashian berfesyen sambil menyambut Hari Natal bersama keluarga, agaknya macam manalah fesyen selebriti terkenal yang lain.