Makin banyak jenama penjagaan wajah menggunakan ‘black tea’ sebagai bahan utama dalam produk mereka.
Terkini, jenama ikonik innisfree teruja memperkenalkan rangkaian ‘Black Tea Youth Enhancing’.
Katanya, produk ini memberikan kesan membaik pulih semula kulit dengan membantu meningkatkan penampilan kerana lima tanda kulit lesu – kulit kering, kusam, keadaan kulit yang buruk, tekstur kulit kasar dan kulit sensitif.
Julat ini dilengkapi dengan Ampoule, Ampoule Mist, Eye Serum, dan Cream!
Sebelum ceritakan lebih lanjut tentang rangkaian ini, nak juga tahu apa yang bagus tentang teh hitam ini sampaikan banyak produk terlahir daripadanya. Mesti ada benda ajaib yang bagus untuk kulit kita, muka jadi flawless?
Black Tea Dijadikan Sebahagian Rutin Kecantikan Diri
Black tea dapat membantu anda mencapai kulit yang sihat. Ia dapat melawan jangkitan dan noda kulit, melambatkan penuaan kulit, dan mengurangkan bengkak mata. Polyphenols and tannins dalam black tea dikaitkan dikaitkan dengan melawan keradangan, menenangan kulit dan merawat jerawat.
- Foto – innisfree
Juga dikenali sebagai kombucha, mengandungi antioksidan, baik untuk melindungi dari kerosakan radikal bebas dan sifat menenangkan. Malah mampu untuk melembut, menghalus dan memperbaiki kulit supaya lebih bercahaya.
Geisha juga menggunakan teh sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit mereka berkat daripada manfaat yang dimilikinya. Tidak seperti beberapa bahan penjagaan kulit lain, terdapat banyak penyelidikan yang menyokong sifat penenang kulit dari black tea, green tea dan white tea.
innisfree Lahirkan Rangkaian ‘Black Tea Youth Enhancing’
Disebabkan itu, berpusu-pusu jenama penjagaan kulit menggunakan black tea sebagai bahan utama untuk produk mereka.
- Foto – innisfree
innisfree dengan bangga memperkenalkan tambahan dalam rawatan anti-penuaan bagi mereka yang berumur 25 tahun ke atas. Black Tea Youth Enhancing membantu memperbaiki penampilan lima tanda kulit lesu:
- Kulit kering
- Kulit kusam
- Keadaan kulit yang buruk
- Tekstur kulit kasar
- Kulit sensitif
Pilihan yang bagus untuk mereka yang mempunyai gaya hidup sibuk penuh tekanan, produk dalam barisan ini mengandungi Reset ConcentrateTM, bahan aktif kuat yang tinggi antioksidan dengan faedah anti-penuaan yang mendalam.
Reset ConcentrateTM dibuat dengan Beauty Green Tea yang telah diperam secara semula jadi untuk menjadi black tea. Teh yang diperam 80% ini kaya dengan theabrownin, molekul tinggi yang menekan radikal bebas dan meningkatkan kesan antioksidan dan anti-penuaan yang tinggi.
Black Tea dimasukkan ke dalam air mineral pada suhu 80 ° C selama 12 jam untuk pengekstrakan theabrownin yang paling optimum. Produk dalam barisan ini juga mengandungi niacinamide untuk memperkenalkan kesan pencerahan dan adenosin yang digunakan untuk sifat anti-kedut.
- Foto – innisfree
Rangkaian Black Tea Youth Enhancing terdiri daripada Ampoule (RM156.00, 30ml), Ampoule Mist (RM89.00, 120ml), Eye Serum (RM125.00, 15ml), dan Cream (RM143.00, 45ml).
Seleksi ini akan berada di pasaran bermula Januari 2021 di semua kaunter kecantikan innisfree.