“Why we should kiss more”?
Paling jelas ciuman atau kucupan meningkatkan ‘hormon gembira’. Bercium mencetuskan otak anda untuk melepaskan bahan kimia yang membuat anda merasa sangat baik dan teruja.
Bahan kimin ini termasuk oxytocin, dopamine, dan serotonin, yang dapat membuat anda merasa senang dan mendorong perasaan kasih sayang dan ikatan. Ia juga menurunkan tahap kortisol (hormon stres) anda.
Disebabkan itu terdapat satu kajian suami boleh hidup lima kali ganda lebih lama jika kerap cium isteri.
“Segalanya berkaitan dengan mood. Bayangkan jika seorang suami itu mencium isterinya setiap pagi sebelum keluar bekerja, sudah pasti mood mereka berada dalam keadaan yang baik.
“Perasaan yang positif inilah yang seterusnya akan memberi kesan baik kepada mental dan fizikal seseorang itu.
Anda pernah perasan tak bila kita bercium, automatik mata akan tertutup. Satu perbuatan yang kita tidak sedari tapi ada kesan pada psikologi kenapa ianya berlaku.
Mengapa orang bercium dengan mata tertutup?
Bantu Otak Kita Unfuk Fokus Dengan Lebih Baik
Kajian yang dilakukan oleh ahli psikologi, apabila terlalu banyak visual atau gangguan di sekitar, otak kita sukar untuk fokus.
- Foto – Love To Know
Keupayaan kita untuk merasakan sesuatu menjadi semakin teruk apabila mata kita melakukan lebih banyak pekerjaan.
Anda Ingin Merasa Lebih Dengan Sentuhan
Sama seperti menutup mata membantu anda menghilangkan gangguan di sekitar, ia juga membolehkan anda mengalami sensasi ciuman sepenuhnya.
- Foto – Daily Mercury
Dengan memejamkan mata untuk bercium, kita membolehkan otak kita tetap fokus pada sentuhan dan bukannya pada pengalaman deria yang lain.
Bantu Kita Merasa Kurang Terdedah
Oleh kerana bercium adalah salah satu perkara yang paling peribadi dan intim, ia boleh membuat anda atau pasangan merasa mudah terdedah.
- Foto – Health Magazine
Untuk mengelakkan ini dan rasa janggal, kita secara automatik lebih suka memejamkan sebelum aksi mesra bercumbuan berlaku.
Mata Terbuka Tak Selesa
Bercium dengan mata terbuka, bukan sahaja membuat anda dan pasangan tidak selesa. Tetapi bukti saintifik menunjukkan bahawa ia boleh menyebabkan otak merasa berlebihan atau tidak fokus.
- Foto – Body Language
Kepada suami isteri, banyakkan bercumbuan kerana ini boleh memberi kesan positif kepada kesejahteraan emosi dan fizikal.
Ciuman membuat kedua-dua belah pihak merasa seronok dengan diri mereka sendiri dan dapat membantu mengeratkan hubungan. So kiss and kiss often!