Sambil menikmati minuman petang, tekak terasa nak ratah snek jagung iaitu popcorn.
Kebetulan jelitawan popular Indonesia Luna Maya ada berkongsi resepinya yang tersendiri. Nampak mudah, dan versinya ditambah dengan gula-gula Kopiko. Macam mana rasanya? Macam caramel popcorn atau lain?
Nak tahu, kita kenalah cuba buat sendiri.
https://www.instagram.com/p/CHXnzDBn5yC/
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
- Bertih Jagung
- Butter
- Gula Kopiko yang dikisar hancur
Semua bahan di atas dimasukkan ke dalam periuk. Aduk semua sekali, ratakan dan tutup periuk.
- Foto – IG lunamaya
Biarkan dan tunggu meletup-letup jadi popcorn.
- Foto – IG lunamaya
Dah siap. Makan seisi keluarga sambil menonton cerita kegemaran.