Kebelakangan ini tular gosip dalam dunia hiburan luar negara, di mana kebanyakan lagu-lagu yang Shawn Mendes hasilkan sebenarnya tentang Camila Cabello.
Gosip panas ini nampaknya membuatkan peminat Shawn dan Camila tertanya-tanya, adakah betul persoalan yang bermain dalam dunia hiburan sekarang ini.
Shawn Mengaku Lagu Yang Dihasilkannya Tentang Camila
Dalam rakaman video yang ditunjukan dalam YouTube E! News, dalam klip video berdurasi 2 minit 44 saat ini merakam pengakuan Shawn bahawa lagu-lagu yang dihasilkannya adalah mengenai Camila.
Melihat betapa berdedikasinya Shawn terhadap Camila, ramai peminat berharap mereka berdua menjadi pasangan kerana kedua-duanya mempunyai chemistry bersama.
https://www.youtube.com/watch?v=KU81TOooPc8
Shawn Dan Camila Sekadar Teman Tapi Mesra Atau …..
- Foto – Arkib Wanista
Nama couple pairing ‘ShawMila’ telah lama wujud sejak kedua-dua penyanyi berbakat ini berganding menghasilkan lagu bersama.
Melihat jalinan hubungan yang dilihat terlalu akrab seperti ‘teman tapi mesra’ ini membuatkan ramai tertanya-tanya sejauh mana hubungan mereka berdua ini.
Kompilasi Sejarah Friendzone Shawn Dan Camila
Jom lihat kompilasi friendsone Shawn dan Camila sehinggalah menjadi pasangan sama padan yang dicemburui ramai.
2014 – Austin Mahone Tour
Shawn dan Camila bertemu pada tahun ini semasa Austin Mahone Tour membuatkan mereka berasa serasi dan mempunyai keinginan untuk mengenali sebagai kawan, meski waktu itu masing-masing agak sibuk dengan pembukaan konsert untuk Austin Mahone Tour.
April 2015 – ‘Lips, Wife Or Leave’
Pada tahun ini Shawn menghadiri Capital FM di mana dirinya disoal dalam topik ‘Lips, Wife or Leave’ jika diberi pilihan, siapa yang Shawn akan pilih sebagai isterinya.
Pilihan yang diberikan adalah Camila, Jade Thirwall atau Chloe Grace Moretz dan Shawn memilih Camila, dirinya memberi jawapan dengan penuh berkeyakinan seolah-olah memberi klu bahawa dirinya meminati wanita bersuara lunak ini.
November 2015 – ‘I Know What You Did Last Summer’
Waktu ini adalah merupakan konsert solo pertama Camila dan juga merupakan kolaborasi wanita genit ini bersama Shawn.
Mereka berdua bergandingan dalam ‘I Know What You Did Last Summer’, membuatkan spekulasi muncul yang menyatakan bahawa mereka berdua sedang berpacaran.
Mac 2017 – Cover Lagu ‘Kiss Me’
Berita mengenai dua selebriti popular ini tidak pernah padam, malah saban tahun pasti ada cerita panas dikaitkan bersama. Kali ini lagu cover ‘Kiss Me’ yang dinyanyikan oleh Camila dan Shawn mendapat perhatian ramai.
Dan gosip panas menyatakan mereka mempunyai hubungan memenuhi ruang gosip luar negara pada waktu itu.
Mei 2017 – Shawn Puji Lagu Camila ‘Crying In The Club’
Shawn dan Camila tak pernah sembunyikan sokongan antara satu sama yang lain, dan kali ini Shawn memberi pujian mengenai lagu yang dinyanyikan oleh Camila ‘Crying In The Club’.
. @Camila_Cabello https://t.co/WqCHnYzgVE speechless.. goosebumps all over. You're incredible
— Shawn Mendes (@ShawnMendes) May 19, 2017
April 2018 – Siapa Favorite Person Shawn?
Dalam temubual Shawn dalam Beats 1 bersama Zane Lowe, Shawn mengaku favorite person bagi dirinya adalah Camila.
Berikutan pengakuan Shawn itu, membuatkan Camila berasa terharu dan turut menyatakan dirinya juga menyayangi Shawn.
i shouldn’t be crying at this time in the morning but I AM 😭💜😭 i love you SO much @ShawnMendes https://t.co/j2PvatM25I
— camila (@Camila_Cabello) April 5, 2018
April 2018 – Camila Kongsi Foto Dengan Kapsyen ‘Real Friends’
Selepas beberapa hari temubual Shawn untuk Beats 1, Camila memuatnaik foto dirinya bersama Shawn berserta kapsyen ‘Real Friends’.
https://www.instagram.com/p/BiIjchOD2A7/
Jun 2019 – ‘Senorita’
Tahun yang begitu sensasi dengan klip muzik video yang begitu romantis dan bait-bait lagu seolah-olah menceritakan tentang hubungan Camila dan Shawn memonopoli stesen radio di seluruh dunia.
Dan gosip panas sekali lagi muncul bahawa mereka berdua sebenarnya benar-benar sedang berpacaran.
Melihat keakraban yang terjalin sejak bertahun-tahun lamanya ini, tidak hairanlah mereka berdua akhirnya menjadi pasangan kekasih pada tahun lepas.
Berita tersebut membuatkan peminat yang memuja kedua-dua merpati sejoli ini berasa gembira dan berharap hubungan mereka akan terus berkekalan.