UNIQLO mengumumkan AIRism Mask akan dijual di seluruh Malaysia dan dalam talian bermula 14 September 2020.
Memenuhi permintaan pelanggan, UNIQLO mengeluarkan topeng muka yang mengoptimumkan kesihatan, perlindungan dan keselesaan dalam penggunaan harian. Mengikut saranan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), bahagian tengah topeng muka menggunakan penapis untuk menapis dan melindungi daripada bakteria (99%) dan zarah debunga.
Fabrik mesh AIRism digunakan sebagai tambahan struktur tiga lapisan yang mempunyai penilaian UPF 50 iaitu menghalang sinar ultraviolet (90%) .
Topeng muka disarankan pemakaiannya hanya sekali tetapi AIRism Mask boleh digunakan berulang kali dengan mencucinya. Bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar, pengguna lebih memilih untuk memakai topeng muka yang boleh dicuci.
Struktur tiga lapisan topeng muka ini masih lagi mengekalkan keberkesannya setelah diuji dengan pencucian sebanyak 20 kali pada suhu 40 darjah.
Jika anda fikir tentang ketidakselesaan, sebenarnya fabrik topeng muka ini sangat halus dan lapisan dalaman bebas daripada menjadi kaku atau tebal dengan fabrik bukan tenunan dan kapas serta mengurangkan tekanan pada muka. Struktur mesh tiga lapisan menghasilkan topeng muka ini ringan dan nipis serta mengoptimumkan daya tahan nafas.
SAIZ
AIRism Mask ini mempunyai tiga jenis ukuran yang boleh dipilih:
- Kecil (S) : 18cm X 12cm
- Sederhana (M) : 22cm X 14cm
- Besar (L) : 23cm X 14.5cm
Jadi anda dah boleh bersedia untuk memborong AIRism Mask di UNIQLO dan dalam talian bermula 14 September 2020!