Disney sebuah nama yang tidak asing lagi dalam penghasilan penciptaan filem, rancangan animasi dan program rancangan televisyen yang popular dalam industri hiburan dunia.
Kini buat pertama kali dalam sejarah Disney kandungan bergenre queer atau luar dari norma kehidupan, dihasilkan dalam bentuk animasi.
Kandungan Bergenre Luar Norma Yang Pertama
Dan Disney mengumumkan program rancangan animasi ‘The Owl House’ dengan karakter kartun biseksual sebagai watak utama cerita, akan menghiasi saluran Disney Channel di kaca televisyen dunia.
Untuk makluman bukan mudah bagi penghasil cerita kartun atau animasi mendapat pengikhtirafan Disney, bagi menghasilkan rancangan animasi bergenre queer atau luar norma seperti ini.
https://twitter.com/DisneyTVA/status/1292913701431971842
Karakter Biseksual Sebagai Watak Utama Animasi
Dana Terrace yang merupakan penghasil rancangan animasi berepisod ini berkongsi rasa gembiranya, di laman Twitter tentang kejayaannya menghasilkan rancangan bergenre queer dengan konsep LGBTQ dan menjadikan watak biseksual sebagai karakter utama cerita animasinya.
Dan Dana sendiri yakin bahawa rancangan animasi ini akan mendapat sambutan dan sokongan ramai terutama dari kaum LGBTQ sendiri.
https://twitter.com/DanaTerrace/status/1292321438901219328
Pencipta Animasi Juga Seorang Biseksual
Dana pencipta rancangan animasi ‘The Owl House’ ini juga mengaku bahawa dirinya juga adalah biseksual, dan sanggup berhempas pulas menjayakan rancangan animasi ini sehingga mendapat pengikhtirafan Disney.
https://twitter.com/DanaTerrace/status/1292321440696422400
LGBTQ Dalam The Owl House
Rancangan kartun ‘The Owl House’ ini memfokuskan Luz Noceda berumur 14 tahun, merupakan anak kacukan Dominican-America dan seorang biseksual.
Dalam rancangan animasi tersebut Luz menyukai Amity, salah satu watak utama dalam rancangan ‘The Owl House’ dan dalam masa yang sama Amity juga menyukai Luz.
- Foto – Twitter
Kesan Watak LGBTQ Menerusi Animasi
Selain Barbie dan watak-watak superhero yang menjadi idola kanak-kanak, remaja dan juga golongan dewasa, kini kewujudan rancangan animasi ‘The Owl House’ menampilkan watak biseksual untuk dijadikan ikon buat penonton di seluruh dunia.
- Foto – Twitter
Seperti sedia maklum kanak-kanak mudah terpengaruh jika tidak di pantau selia oleh ibu bapa atau penjaga, dengan watak-watak berunsur LGBTQ ditayangkan dalam bentuk animasi di saluran Disney kegemaran ramai ini.
Tidak mustahil kanak-kanak di seluruh dunia akan memandang karakter biseksual sebagai ikon di hati mereka, seperti mana mereka mengidolakan watak superhero, watak barbie dan watak-watak dari kisah dongeng terbitan Disney.
Kamu rasa patutkah siaran seperti ini ditayangkan di Malaysia? Fikir-fikirkan.