Jika kita melihat fesyen-fesyen kerabat diraja seperti ratu mahupun puteri yang ada di seluruh dunia pastinya membuatkan mata tidak berhenti berkelip, tatkala melihat busana berjenama terkini dan mahal digayakan di tubuh mereka.
Tapi lain pula ceritanya kerabat diraja Bhutan, di mana ratu mereka lebih santai menggayakan busana hasil tangan negara sendiri yang bersifat asli dan tradisional.
Ratu Bhutan Jetsun Pema Wangchuck sering di lihat mengenakan busana tradisional yang cantik dalam apa jua acara dalam dan luar negara, dengan rupa paras yang ayu menambahkan lagi kemanisan aura seri ratu muda ini.
Jom kita lihat koleksi fesyen ayu dan manis yang digayakan oleh ratu Bhutan ini di bawah.
#1 Tampil Anggun Berbusana Rona Biru & Ungu
#2 Cantik Mempersona Dengan Busana Warna Ungu Gelap
#3 Terserlah Aura Seorang Ratu Dengan Busana Rona Hijau Zamrud
#4 Merah Membara Seperti Lagenda Burung Phoenix
#5 Dalam Serius Tersembunyi Kekuatan Wanita Sejati
#6 Comel Dan Manis Ratu Bhutan Menggayakan Busana Rona Merah Jambu Dan Ungu
#7 Warna Emas Penyeri Mutlak Ratu Bhutan
Cantik-cantik fesyen busana yang digayakan oleh ratu Bhutan ini, tidak kira rona warna gelap atau cerah, semuanya digayakan dengan elegan dan ringkas, sesuai dengan personaliti ratu Bhutan yang ayu dan sopan.
Antara koleksi busana yang digayakan ratu Bhutan di atas, yang mana satu paling menarik bagi kamu?
Selamat beramal!