Baru-baru tular mengenai serangan Coronavirus gelombang kedua di China yang berpunca daripada ikan salmon. Penemuan ini mengejutkan ramai pihak di mana ikan tersebut merupakan menu makanan kegemaran ramai.
Ikan salmon yang diimport daripada Beijing berisiko untuk di makan kerana ia dijangkiti wabak Coronavirus yang menular di Beijing.
Ekoran kes jangkitan ikan salmon di China, ia memberi tamparan besar buat pengeluar ikan salmon di Denmark, Norway dan Australia yang mengeksport bekalan ikan ke China kerana jualan ikan salmon di China akan terjejas kerana diboikot oleh penduduk di Beijing.
Serangan Coronavirus gelombang kedua di China ini menggusarkan rakyat di sana, penemuan jangkitan Coronavirus ini ditemui di papan pemotong ikan yang digunakan oleh penjual ikan import salmon.
Menerusi penemuan tersebut pengerusi pasaraya buah dan sayur terbesar Xinfadi ini mula memboikot penjualan ikan salmon di pasarayanya.
Menurut pakar daripada National Health Commission, Zeng Guang berkata “Kami masih belum mengenal pasti sama ada virus berkenaan menular kerana virus tersebut disebarkan oleh manusia ke ikan salmon atau ikan salmon yang dijangkiti dahulu”.
Zeng Guang telah memberi amaran kepada penduduk di Beijing agar tidak memakan ikan salmon mentah atau membeli ikan salmon yang diimport buat masa sekarang.
Selain itu, ketua epidemiologist China Center for Diseases Prevention and Control, Wu Zunyou berkata virus tersebut boleh berada dalam makanan sejuk beku dan virus tersebut boleh bertahan sehingga tiga bulan.
Kerajaan dan pihak berkuasa China kini cuba mengenal pasti penduduk Beijing yang membeli-belah di pasaraya Xinfadi bagi mengekang potensi penularan virus.
Kini rakyat di China lebih berhati-hati dalam membeli makanan segar mahupun sejuk beku di pasar, kerana virus ini bila-bila masa boleh menular dengan pantas.