Dah bosan dengan menu masakan harian, apa kata bertukar selera dengan membuat keropok lekor di rumah! Lagi pula cara juga cukup mudah dan bahan-bahan pula ringkas serta tidak rumit, jadi tak salah sekali sekala kita bertukar selera betul tak, cuma nak atau tidak saja!
Bahan-bahan
- 8 Ekor ikan kembung
- Garam
- Ajinamoto
- Tepun ubi atau tepung sagu
Cara membuat keropok lekor rangup!
- Hiris ikan, ambil bahagian isi sahaja.
- Kisar isi ikan guna mesin pengisar kering dan kisar sampai lumat dan hancur.
- Kemudian masukkan isi ikan dalam mangkuk dan campurkan garam serta ajinamoto. Gaul rata semua bahan-bahan sehingga sebati.
- Selepas itu, masukkan tepung ubi atau tepung sagu, gaul sehingga menjadi doh yang lembut.
- Tabur tepung di atas pencanai uli, keluarkan doh keropok lekor kemudian bentukkan adunan menjadi panjang.
- Setelah siap bentukkan adunan keropok lekor menjadi panjang, panaskan air beserta sedikit garam dan rebus adunan keropok lekor sampai masak.
- Keropok lekor yang dah siap masak, tapis dan buang air rebusan. Sejukkan keropok lekor, kemudian keropok lekor dah boleh di goreng!
Senang je sebenarnya nak buat keropok lekor sendiri, yang penting tahu cara dan bahan-bahannya. Jadi jom hari ini jadikan keropok lekor menu untuk minum petang!
Selamat mencuba♥