Tak sangka selebriti terkenal dunia Robert Pattinson, digelar lelaki dengan rupa paras paling sempurna di dunia oleh saintis. Tapi apa bukti para saintis mengatakan rupa paras Robert Pattinson adalah yang paling sempurna sekali?
Untuk makluman ukuran wajah bintang filem Twilight ini diukur berdasarkan Golden Ratio dalam Beauty Phi, yang merupakan garis panduan ketepatan wajah yang telah digunakan oleh masyarakat purba sejak zaman Greece lagi.
Apa Itu Ukuran Golden Ratio?
Ukuran dari Golden Ratio ini mengambil kira dari aspek ukuran bentuk wajah, dahi, kedudukan mata, kelebaran/panjang/ tapak hidung, ukuran bibir dan dagu. Kesemua itu ambil kira untuk mengetahui jika rupa paras seseorang itu sempurna atau sebaliknya.
Bukan itu sahaja, ukuran Golden Ratio ini merupakan perkiraan persamaan matematik dari zaman Greece dalam mengukur kecantikan dan ketepatan manusia. Perkiraan ratio wajah atau tubuh badan yang paling dekat atau tepat adalah nombor 1.618 (Phi), lebih dengan perkiraan dengan ratio ini lebih kacak dan cantik rupa fizikal mereka.
Jom tengok wajah selebriti mana yang miliki rupa paras paling sempurna oleh saintis dengan ukuran Golden Ration!
#1 Robert Pattinson – 92.15%
#2 Henry Cavil – 91.64%
#3 Brandley Cooper – 91.08%
#4 Brad Pitt – 90.51%
#5 George Clooney – 89.91%
#6 Hugh Jackman – 89.64%
#7 David Beckham – 88.96%
#8 Idris Elba – 88.01%
#9 Kanye West – 87.94%
#10 Ryan Gosling – 87.48%
Ini Kata Pakar Tentang Robert Pattinson!
Doktor De Silve, merupakan pemilik Centre For Advanced Facial Cosmetic And Plastic Surgery di London berkongsi pandangannya tentang ukuran wajah selebriti yang dilabel sebagai wajah paling sempurna di dunia.
“Robert Pattinson merupakan pemenang yang jelas apabila semua elemen pada wajah diukur. Dia berada kedudukan lima teratas dalam semua kategori kerana dia memiliki bentuk wajah yang klasik dan tulang rahang yang sangat cantik dan sempurna.
Cuma bahagian pernilaian di bahagian bibirnya sahaja kurang kerana bentuk bibirnya yang agak leper dan halus.
Manakala George Clooney yang sebelum ini menduduki tangga utama pada tiga tahun lepas, kini telah menurun. Walaupun kedudukannya telah menurun, wajah George tetap antara yang sempurna dan kacak.
Lagipun bukan mudah untuk menduduki tangga lima ke atas, apabila umur telah mencecah 60 tahun! Dan George masih kelihatan kacak seperti dahulu” jelas doktor De Silve.
Khabar Gembira Buat Peminat Robert Pattinson!
Robert Pattinson yang berusia 33 tahun dengan gelaran wajah paling sempurna di dunia ini dikatakan bakal membintangi filem Batman. Filem The Batman akan dibintangi oleh selebriti terkenal lain, seperti Zao Kravitz, Colin Farrel dan Paul Dano. Filem ini bakal ditayangkan pada 25 Jun 2021 nanti.