Khas sempena kedatangan musim bunga pada awal tahun ini, Marc Jacobs Beauty ingin berkongsi kepada wanita di seluruh dunia cara mendapatkan rupa paras yang cantik dan menawan dengan koleksi produk mekap dan penjagaan wajah keluaran yang terbaru oleh Marc Jacobs Beauty ini.
Lagipun siapa yang tidak mahu kelihatan cantik dan kelihatan muda setiap masa bukan? Oleh itu, Marc Jacobs tampil dengan set mekap dan penjagaan wajah khas untuk wanita sempena musim bunga 2020 ini.
Bagi wanita yang ingin kekalkan kecantikan wajah dan tampak muda sepanjang masa ianya bukanlah perkara yang mustahil dan boleh dilakukan. Nak tahu bagaimana, kena baca artikel sampai habis!
Jom Tampil Awet Muda!
Dengan cuaca yang semakin panas di bandar, pastinya akan membuatkan kulit kita menjadi cepat kering dan kusam bukan? Dan apabila kulit menjadi kering, pastinya kita mencari krim pelembap yang dapat membekalkan kepada kulit dengan kelembapan yang secukupnya.
Menerusi krim pelembap dari Marc Jacobs Beauty ini, ia dapat menjadi perisai dari sinaran cahaya matahari dan sekaligus membekalkan kelembapan yang secukupnya untuk kulit agar kembali anjal dan kelihatan muda seperti remaja!
Krim Gel Pelembap Youthquake
- Pelembap ini sangat sesuai untuk digunakan bagi yang memiliki kulit jenis normal ke jenis kulit kering. Krim pelembap Youthquake ini mempunyai tekstur yang lembut dan berbau harum dengan aroma citrus yang akan menyerap secara terus ke dalam kulit wajah kamu.
- Krim pelembap ini dapat membekalkan kelembapan pada kulit selama 24 jam! Bukan itu saja, krim ini mengandungi 5% sodium hyaluronate dan buah yang kaya dengan antioksidan seperti starfruit dan buah naga yang bagus untuk kulit wanita.
- Sapu krim pelembap ini di muka dan leher pada waktu pagi dan malam setiap hari, hasilnya kulit wajah kekal lembap dan muda jelita.
- Harga krim pelembap ini di jual dengan harga RM350.
Glow Away Bronzing Coconut Body Stick
- Selepas memakai pelembap, pastinya langkah seterusnya adalah mengenakan solekan dan mekap di wajah bukan? Dengan Glow Away Bronzing Coconut Body Stick ini, ia akan memberikan sentuhan yang sempurna untuk solekan kamu.
- Body stick yang mudah digunakan ini akan memberikan kesan glowing pada wajah dan mana-mana anggota tubuh kamu apabila di oles. Tambahan lagi, ianya adalah produk kalis air dan sekaligus dapat membekalkan kesan bersinar pada kulit sepanjang hari tanpa perlu risau!
- Malah body stick ini juga di perkaya dengan lima jenis buah kelapa yang dapat memberikan hasil yang cukup memuaskan. Dan kulit pula tampil kelihatan semulajadi.
- Harga body stick ini di jual dengan harga RM160.
Liquid-Gel Eyeliner
- Wah eyeliner jenis gel dan cecair dari Marc Jacobs ini kelihatan mengancam betul! Eyeliner gel cecair ini didatangi dengan lima pilihan warna yang menarik iaitu Mo’Cha, Berry Deep, Jelly Much, Back To The Fuchsia dan Tw(ink)le.
- Bukan saja ianya kalis air, eyeliner ini juga dapat memberi kesan garisan penuh yang sempurna dan ianya mampu memberikan kesan sentuhan yang bold pada mata.
- Tambahan lagi, eyeliner ini juga mampu bertahan selama 12 jam tau, sesuai untuk wanita yang bekerja sepanjang hari.
- Eyeliner gel cecair ini di jual dengan harga RM120.
Eyeshadow Palet Multi-Finish
- Sudah pastinya untuk dapatkan solekan mata yang menarik, penggunaan eyeshadow adalah kunci utama agar mata kelihatan bertenaga dan menawan.
- Dengan eyeshadow palet yang menampilkan beberapa jenis warna menarik seperti buttery matte velvet, shimmering satin, sparkling silk dan metallic lame.
- Eyeshadow ini telah di formula secara khas oleh Marc Jabocs Beauty untuk memberikan hasil yang memuaskan untuk wanita seperti kamu!
- Eyeshadow palet ini di jual dengan harga RM225.
Re(cover) Hydrating Coconut Lip Oil
- Tidak lengkap set mekap dan penjagaan wajah tanpa gincu bukan? Tapi kali ini, ia bukan sekadar gincu biasa kerana Marc Jacobs Beauty menghasilkan Re(cover) Hydrating Coconut Lip Oil yang dapat membekalkan vitamin dan sekaligus memberikan kelembapan pada bibir wanita.
- Selain itu, tekstur lip oil ini juga lembut dan tidak melekit seperti mana lip oil lain. Ia juga akan membuatkan bibir tampak berkilau dan bersinar.
- Untuk tampak lebih menarik, sapukan lip oil ini terlebih dahulu dan kemudian barulah kamu oleskan gincu berwarna.
- Lip oil ini di jual dengan harga RM125.
Koleksi mekap dan penjagaan wajah ini boleh didapati bermula 12 Mac 2020 di Sephora atau dalam talian sephora.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk tampil awet muda dan berseri dengan set koleksi Marc Jacobs musim bunga ini bulan depan!