Beruntung sangat pada individu yang maintain muda selamanya.
Aktres Angie Chiu baru sahaja meraikan ulang tahun ke-65. Peminat Hong Kong melabelnya ‘vampire’ kerana dia kelihatan awet muda, langsung tak mamah dek usia.
Siapa Angie Chiu
Ketika berusia 18 tahun, Chiu menyertai (Miss HK), di mana dia menduduki tempat ketiga dan karier mula berkembang.
Aktres kelahiran Kowloon debut dalam program televisyen pada tahun 1974. Empat tahun kemudian, dia mula meraih populariti menerusi peranan sebagai Zhou Zhiruo dalam “The Heaven Sword and the Dragon Saber,” sebuah siri seni mempertahankan diri adaptasi novel “China’s Tolkien.” Sejak itu, nama Chiu mekar sehingga berjaya mencipta kegemilangan di Taiwan, Macau dan China.
Chiu berehat dari dunia seni pada awal tahun 1986, setahun selepas dia berkahwin dengan aktor Melvin Wong dan dikurniakan anak lelaki Wesley, yang juga seorang pelakon.
Dia kembali ke TV pada tahun 1991 dengan “The Chronicles of Emperor Qianlong” dan “New Legend of Madame White Snake” pada tahun 1992. Dari situ, Chiu mencuba nasib ke China dengan membintangi pelbagai rancangan TV dan filem.
Rahsia Angie Chiu
Selain bakatnya dalam lakonan, kecantikan semulajadi antara faktor Chiu kekal mekar sehingga ke hari ini. Rata-rata peminat dan netizen kagum melihat fizikal Chiu yang masih cergas, di samping rupa paras yang muda.
Berkongsi rahsia dalam satu wawancara, ini yang Chiu lakukan.
“Pertama sekali, saya mesti cukup tidur. Tidak kira berapa lewat saya tidur, saya pastikan untuk tidur lapan hingga sepuluh jam.
“Kedua adalah diet. Saya minum segelas jus buah untuk sarapan pagi, yang berbeza setiap hari. Saya memilih makanan yang ringan pada tengah hari, semestinya yang sihat. Sudah tentu saya lapar, jadi minum petang sangat penting. Saya juga mengambil makan malam. Jadi, makan tiga kali sehari yang saya praktik.
“Setiap kali makan mesti ada sup, jenis yang datang mengikut bahan-bahan bermusim. Saya juga makan nasi tapi lebih sukakan mi. Sebab saya tidak naik badan kerana saya akan berhenti makan bila rasa kenyang (70% semasa makan). Saya suka makan yang ringan saja, ” jelas aktres 65 tahun ini.
Selain dari tidur dan amalan dietnya, Chiu juga melakukan senaman setiap hari selepas minum petang untuk bakar kalori dan badan berpeluh.
Lihat nak maintain muda tak perlu berhabisan, cukup sahaja pemakanan sihat dan bersenam. Insyallah anda cerdas dan cergas selamanya.