Bercakap tentang soal penjagaan wajah tidak akan pernah habis. Walaupun kita rasa seperti kita sudah mendapatkan produk terbaik untuk kulit wajah tapi ternyata lama-kelamaan formula sudah tidak sebati lagi.
Kita sedia maklum, sebaik sahaja melangkah keluar rumah, kita mula terdedah kepada tiga punca masalah kulit –
punca pertama adalah pencemaran persekitaran seperti debu kotoran, asap kenderaan, sinaran UV dan radikal bebas, ditambah dengan tekanan jadual harian yang padat, berjaga lewat malam, serta masalah hormon tidak seimbang pula bertindak sebagai punca kedua masalah kulit serta yang ketiga sisa kotoran bahan kosmetik yang tidak dibersihkan dengan menyeluruh.
Keadaan ini semua akan mengumpul bakteria dan memakan kulit wajah dan menjadikan pori tersumbat, kulit semakin kasar, kering dan mengalami dehidrasi.
Berpengalaman dalam soal penjagaan diri dan wajah, SAFI memahami keperluan sebuah produk penjagaan kulit wajah khusus bagi mengatasi masalah kulit wajah masa kini.
Perkenalkan BEAUTEA by SAFI
BEAUTEA by SAFI dengan 100% teh premium menjadikan jenama ini sebuah jenama pertama yang memfokuskan terhadap penggunaan pelbagai jenis daun teh seperti White Tea, Green Tea dan Black Tea yang dipilih dengan teliti berdasarkan keunikan manfaat bagi kecantikan kulit wajah yang telah terbukti berkesan.
Menggabungkan manfaat 100% ekstrak teh premium yang kaya dengan antioksida dan bahan aktif semulajadi yang membersih dan melindungi kulit wajah dari radikal bebas dengan efektif. Ia diuji secara dermatologi, BEBAS daripada SLES/SLS, minyak mineral, pewarna, alkohol, Paraben, dan semestinya diperakui Halal oleh JAKIM.
Rangkaian ini menawarkan 3 jenis pembersih dan 1 skrub muka. Setiap satu berfungsi membantu proses detoksifikasi kulit dari pencemaran berbahaya, membersih sisa kotoran solekan dengan mendalam dan sepenuhnya. Ia turut melegakan kulit daripada jerawat akibat stres, menyegarkan dan meningkatkan benteng pertahanan kulit dari radikal bebas.
Rangkaian BEAUTEA by SAFI dijual pada harga RM23.20(150g) boleh didapati di semua farmasi terpilih di Malaysia dan di atas talian.
Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, sila layari laman sesawang rasmi SAFI, laman Facebook SAFI dan Instagram SAFI.