Perumpaan “nampak tua sebelum usia” sememangnya mengundang setiap insan. Sama ada lelaki atau perempuan, tidak suka bila dikatakan sebegitu.
Tapi boleh berlaku ke keadaan nampak tua sebelum usia?
Menurut pakar, keadaan di mana nampak tua sebelum usia dinamakan “Premature Aging” atau “Penuaan Pra-Matang”. Ia adalah proses penuaan yang berlaku lebih cepat dari yang sepatutnya dan akan menjadikan mereka yang mengalaminya kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Punca penuaan pra-matang ini disebabkan oleh pembaharuan sel kulit yang semakin perlahan.
Ia juga dipengaruhi oleh pengeluaran kolagen dan elastin. Penuaan pra-matang ini juga berlaku dengan cepat jika seorang individu itu tidak cukup tidur dan mengamalkan pemakanan yang tidak sihat.
Bukan itu sahaja, satu lagi faktor bila mereka mengenakan fesyen yang tidak sesuai, orang kata fesyen tua. Sebagai contoh, baru belasan tahun tapi sudah dipakainya gaun labuh ala wanita dewasa, tidak juga yang sibuk mengenakan tudung kerawang yang sememangnya fashion police. Atau mungkin juga teknik mekap yang tebal sehingga menutupi keseluruhan wajah yang manis dan comel.
Jangan terkejut dan kecam, di bawah merupakan bintang yang nampak tua dari usia sebenar mereka – ada yang nampak 40-an.
#1 Millie Bobby Brown (15 tahun)
#2 Bella Hadid (23 tahun)
#3 UEE (33 tahun)
#4 Cardi B (27 tahun)
#5 Jaden Smith (21 tahun)
#6 Hailey Baldwin (22 tahun)
#7 Mary Kate & Ashley Olsen (33 tahun)
#8 Seohyun SNSD (28 tahun)
#9 Adele (31 tahun)
#10 Kylie Jenner (22 tahun)
#11 Nelydia Senrose (25 tahun)
#12 Lorde (22 tahun)
Mereka di atas nampak tua disebabkan solekan dan fesyen yang digayakan. Bila mereka buang mekap, ternyata elok sahaja rupa parasnya.
Kalau korang ada yang cakap “kenapa muka nampak tua?”, mesti bencikan…