Shopee Big Sale 11.11 kembali lagi!
Acara 11.11 Big Sale anjuran Shopee, kembali lagi dengan pelbagai diskaun dan keistimewaan eksklusif menarik untuk pembeli tegar dalam talian. Kempen beli-belah ini bakal menjadi acara terbesar platform tersebut dengan pelbagai tawaran, termasuk penghantaran percuma untuk perbelanjaan minimum RM11, pulangan tunai harian sehingga 111% dan peluang untuk membeli sebuah Toyota Vios dengan hanya RM1 – semuanya dari 24 Oktober hingga 11 November 2019.
Antara highlight Shopee 11.11 pada kali ini;
Tawaran Hebat Confirm Memikat
Dah kata jualan besar-besar, confirm kita nak harga murah kan… Oleh itu, anda semua akan menikmati pelbagai tawaran hebat daripada jenama dari pelbagai kategori seperti Carlo Rino, P&G, Nestle, realme, Tefal, Mr DIY, Enfagrow, Nutox, Universal Traveller, Samsung, Watsons, Honor, HomeHuk, Photobook Malaysia, Vinda, L’Oréal dan Unilever sepanjang tempoh kempen tersebut.
Bukan itu sahaja, bank-bank utama seperti CIMB, Citibank, HSBC, RHB, Standard Chartered dan UOB juga turut serta dengan menawarkan diskaun khas buat pemegang kad masing-masing serta baucar lebih menarik pada 11 November. Pengguna e-wallet Boost juga boleh membeli baucar tunai Shopee pada 10% untuk dapatkan penjimatan lebih baik.
Main Game
Sejajar dengan wawasan Shopee untuk menjadikan aktiviti beli-belah dalam talian satu pengalaman sosial menarik yang menghubungkan insan dari seluruh rantau, 11.11 Big Sale akan memaparkan permainan dalam aplikasi seperti Shopee Catch, Shopee Strike, Voucher Together-Gether, Shopee Lucky Egg dan Shopee Quiz di aplikasi dengan Shopee Coins dan baucar untuk dimenangi.
Sambil Shopping Buat Amal Kebajikan
Untuk pesta jualan besar-besaran, Shopee mengambil kesempatan menyeru rakyat Malaysia agar menyokong perjuangan menentang kanser menerusi kempen kebajikan pertamanya, iaitu #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge.
Kempen ini bertujuan meraih dana untuk Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA). Hasil kutipan akan disalurkan kepada pesakit kanser kurang mampu yang memerlukan rawatan dan juga penyelidikan dan perkhidmatan sokongan oleh MAKNA dalam usaha berterusan untuk mencari penawar. Rakyat Malaysia boleh menyumbang menerusi kedai rasmi ShopeeMAKNA di Shopee di mana mereka boleh memilih jumlah yang ingin diderma, bermula dari RM5. Mereka yang menderma layak mendapatkan resit pelepasan cukai daripada MAKNA.
Jadi jangan lepaskan peluang ini. Untuk maklumat lanjut tentang Shopee 11.11, sila ke shopee.com.my/1111. Pada yang ingin menyumbang ke MAKNA, layari shopee.com.my/shopeemakna.