Eric Tse, berusia 24 tahun ini merupakan graduan daripada Wharton, anak muda kelahiran Hong Kong ini menjadi seorang jutawan pada hari Selasa baru-baru setelah menerima ‘hadiah’ daripada ibu bapanya. Eric Tse kini memiliki 2.7 bilion saham atau 21.45% daripada syarikat Sino Biopharmaceutical yang dibangunkan oleh ayahnya.
Nama Eric Tse mula memberi fenomena dalam senarai jutawan, Tse yang berkongsi fotonya berparti bersama bintang terkemuka dunia seperti Rihanna dan Bella Hadid di Instagram ini memberi kejutan kepada semua orang.
https://www.instagram.com/p/BWFkOGKDnrG/?utm_source=ig_embed
Menurut laporan daripada Bloomberg, dianggarkan saham berkenaan bernilai $3.8 bilion. Syarikat berkenaan memberi kenyataan, ibubapa Tse memberi tahu ahli lembaga pengarah bahawa mereka memindahkan saham kepada Tse untuk mengurus dan mewarisi harta kekayaan keluarga.
https://www.instagram.com/p/BZEPGJ1jRkK/?utm_source=ig_embed
Tambahan lagi, ia merupakan perancangan jangka masa panjang untuk Tse. Manakala dari aspek syarikat Sino Biopharmaceutical pula, status baharu Tse tidak akan menjejaskan operasi perniagaan syarikat.
Jutawan Instagram ini menjadi pengarah eksekutif dengan pendapatan $3.9 juta dolar Hong Kong ($498,000) dan ianya tidak termasuk bonus pada setiap tahun. Tse mula menyertai syarikat berkenaan sebagai pembantu dan kemudian menjadi presiden pada Jun 2018.
https://www.instagram.com/p/BivpDLTh85A/?utm_source=ig_web_copy_link
Tse yang terkenal dikalangan rakan-rakannya berkata bahawa dia tidak mahu dikenali berdasarkan harta yang dimiliki. Bukan itu saja, Tse juga turut menguarakan pandangannya terhadap pencalonan namanya di dalam senarai jutawan dan ranking kekayaan, Tse tidak akan memasuki mana-mana ranking dengan menggunakan namanya, sebaliknya akan menggunakan nama keluaga Tse Ping.
Eric Tse yang berkongsi foto dirinya berparti bersama Rihanna dan Bella Hadid ini menjadi jutawan muda menerusi ‘hadiah’ saham syarikat yang diberikan oleh keluarganya. Jutawan Hong Kong ini kini menjadikan tahun 2019 sebagai tahun bertuah dengan mewarisi harta kekayaan keluarganya.