Kendall Jenner mahupun Kourtney Kardashian jarang dilihat menukar warna rambut. Mereka sinonim dengan warna rambut coklat pekat bak kayu pokok aka brunette.
Mengejutkan netizen dengan penampilan serba baru ketika membuat kemunculan di London Fashion Week, Kendall tampil berambut blonde ketika berjalan untuk label Burberry.
Awalannya Kendall terlebih dahulu membuat sneak peak dengan rambut blonde melalui Instagram Stories, ternyata peminat menyukai imej baru Kendall. Ramai beranggapan rambut blonde Kendall sesuai dengannya dan membuatnya makin berseri.
Ini bukanlah kali pertama Kendall menukar warna rambut blonde, sebelum ini dia melakukan bleach untuk pertunjukan fesyen.
Apa kata korang? Nice or not?