Agnesia Hygiene Care Powder telah berada di dalam pasaran sejak 1930an, lebih daripada 80 tahun penubuhannya dengan pelbagai produk telah di hasilkan dan kini ia semakin kukuh dengan kehadiran produk bedak Agnesia Beau Care yang menampilkan dua haruman baharu yang menyegarkan iaitu lavender dan ros.
Bedak terbaru ini didatangi didalam bekas seberat 100g, bedak ini dirumus secara eksklusif bagi menghasilkan haruman yang memikat lagi menyenangkan.
Bedak Agnesia ini berupaya membasmi 99.9% bakteria dan TIDAK MENGANDUNGI Asbestos. Bedak ini juga terkenal kerana rumusannya yang dapat melegakan dan menenangkan kegatalan kulit.
Untuk pengetahui semua, bedak Agnesia ini mengandungi 25% Zink Oksida dan 0.5% Chlorohexidine yang mana ia bertindak sebagai bahan pelindung dan anti bakteria.
Penolong Pengurus Besar Apex Pharma, Ang Girl Bee berkongsi tentang bedak Agnesia Hygiene Care yang terbaru dibawah.
Kita sememangnya beruntung kerana dapat menikmati sinaran matahari dan cuaca tropika sepanjang tahun. Namun, kerana kita berada dekat dengan air, cuaca sentiasa lembap sekaligus membuatkan kita mudah berpeluh.
Oleh yang demikian, bedak Agnesia Hygiene Care merupakan pilihan terbaik keran ia berupaya memberikan keselesaan dan kekeringan kepada para pengguna agar mereka sentiasa segar dan lega daripada kegatalan kulit.
Semenjak ia mula ditemui lebih 80 tahun lalu, bedak Agnesia telah memainkan peranan penting dalam melindungi keluarga daripada kegatalan kulit dan memberikan kebebasan kepada mereka untuk melakukan aktiviti harian.
Ia merupakan produk yang sangat dipercayai oleh setiap generasi dalam memberi perlindungan selamat dan keselesaan.
Bedak ini dirumus khas untuk seluruh peringkat usia termasuk bayi seawal 3 bulan dan ke atas. – Penolong Pengurus Besar Apex Pharma, Ang Girl Bee (syarikat Apex Pharma merupakan syarikat induk rangkaian bedak Agnesia)
Bedak Agnesia ini disahkan halal dan elok digunakan setiap kali selepas mandi bagi memberikan kesegaran sepanjang hari. Bagi yang ingin mendapatkan bedak Agnesia ini, anda boleh dapatkanya di semua farmasi utama, Aeon Wellness, pasar raya besar seperti Mydin dan 99 Speedmart.