Sejak muzik video lagu “Senorita” keluar, banyak khabar angin mengatakan Shawn Mendes dan Camila Cabello bercinta kerana keakraban, keserasian serta sensual antara mereka berdua cukup kuat.
Kalau anda masih belum menonton MV yang trending di Malaysia, maka anda layak digelar ‘katak bawah tempurung’. MV Senorita cukup mengghairahkan memaparkan adegan di atas katil, sesi berpelukan, bercumbuan dan menari serta bait lirik yang jelas menunjukkan ‘sesuatu’ berlaku pada pasangan muda ini.
Lagi menguatkan peminat apabila Camila sudah menamatkan episod cinta bersama Matthew Hussey, seorang motivator cinta yang cukup tersohor. Dan sejak itu, Camila dan Shawn dilihat banyak menghabiskan masa bersama mengubati duka lara.
Terkini, kedua mereka dilihat berpelukan, berpegangan tangan dan bergurau senda dengan penuh mesra ketika keluar menikmati brunch bersama ahli keluarga yang lain.
Walabagaimanapun, kedua mereka menolak sangkaan percintaan yang berlaku dan menjelaskan mereka adalah rakan baik sahaja, tidak lebih daripada itu. Shawn sendiri memberi jawapan yang sama apabila ditanya salah seorang peminat.
During a Q&A in LA, a fan asked @ShawnMendes if he was dating @Camila_Cabello. Mendes shook his head no. pic.twitter.com/Canynk3MvJ
— Pop Crave (@PopCrave) July 7, 2019
LOL… Mungkin keakraban mereka berdua sekadar PDA sahaja untuk mempromosikan lagu.