Siapa yang suka layan telenovela pasti pernah melihat wanita cantik di atas, bukan?
Scarlet Ortiz yang cukup dikenali menerusi drama Miss Tres Hermanas ditayangkan di NTV7 sekitar tahun 2001. Wataknya adalah Lisa Estrada, seorang jururawat yang mempunyai tiga adik beradik perempuan yang telah memukau penonton Malaysia.
Menerusi drama itu, Lisa miliki kecantikan semulajadi yang memukau orang kita, dengan tinggi lampainya, kulit sawo matang, rambut panjang hitam berkilat dan dibarisi gigi elok terletak disamping senyuman manis. Kiranya dia serba-serbi sedap mata memandang.
Siapa sangka kini, Scarlet sudah mencecah usia 45 tahun dan sudah miliki seorang anak perempuan hasil perkahwinan dengan seorang pelakon juga, Yul Burkle. Kalau nak tahu, suami Scarlet juga berlakon dalam drama Miss Tres Hermanas, memainkan watak sampingan seorang lelaki jahat yang ada hati dengan Lisa Estrada.
Membelek akaun Instagram, banyak benda yang penulis kagum dengan wanita hitam manis ini. Serius wajahnya masih kelihatan sama seperti awal debut, langsung tak mamah dek usia. Natural beauty dan forever young!
Buktinya lihat transformasi goddess kelahiran Venezuela yang pernah memasuki pertandingan Miss Venezuela suatu masa dahulu.
Awal Debut
1. Scarlet bersama tunjang utama Mis Tres Hermanas, Ricardo Alamo sekitar tahun 2000.
2. Membintangi telenovela Secreto De Amor tahun 2001. Turut ditayangkan di Malaysia.
Kini
Scarlet dan Ricardo gambar bersama sekitar tahun 2018. Keduannya masih kelihatan kacak dan cantik bukan, tak nampak tua langsung.
Scarlet sangat aktif menggunakan Instagram untuk berkongsi aktiviti bersama para peminat serata dunia.
Langsung tak berubah Scarlet, masih dengan rambut panjang hitam berkilat. Trademark sejak dari dahulu.
Teringat suatu masa dahulu penulis cukup berkenan dengan rambut si ‘Lisa’ ni.. Memang obses sangat.