Perasan tak zaman kegemilangan tudung bawal satin bercorak kini telah kembali?
Permulaan tahun 2019 banyak jenama tudung terkemuka tempatan mengeluarkan koleksi tudung bawal satin dengan pelbagai corak. Mereka seolah-olah berlumba untuk membuat para peminat tudung bawal jadi rambang mata.
Tudung bawal dari fabrik satin boleh beri aura keanggunan dan mewah pada si pemakai. Fabrik berat ini mudah digayakan dan dibentuk. Malah kalau bercorak pula sesuai dipadankan dengan busana warna polos.
Nah, Wanista kongsikan lima koleksi tudung bawal satin corak yang menambat hati.
#1 Naelofar Hijab – Birthday Edition
Bersempena sambutan ulangtahun kelahira pengasas Naelofar Hijab, Neelofa memutuskan untuk mengeluarkan tiga corak untuk tudung bawal dan selendang satin. Setiap corak mempunyai identiti sendiri dan seperti biasa ia sold out tidak sampai seminggu jualan. Team Nealofar kerap kali restocked, fuh!
#2 Ariani – Allure
Belum sampai jualan raya, Ariani amat gigih mengeluarkan rangkaian koleksi tudung bawal satin. Namun koleksi Allure paling menarik perhatian penulis. Becorak bungaan romantis menyerlahkan lagi keayuan si pemakai. Jangan main-main ya warna yang ada dalam koleksi Allure sebanyak 9 warna!
#3 Jovian Hijab
Walaupun jenama Jovian Mandagie terkenal dengan koleksi RTW atau Bridal dalam diam mereka juga mempunyai koleksi tudung sendiri. Koleksi yang Wanista perasan kali ini sangat comel dengan adunan warna pastel. Kalau anda berminat boleh dapatkan ia di Zalora.
#4 Tudung People – Tresor Rose
Memilih bunga mawar sebagai corak terbaru mereka dalam koleksi tudung bawal. Walaubagaimanapun Wanista kurang pasti dengan fabrik untuk koleksi ini. Apa pun ia tetap membuat si pemakai tampil anggun, feminin dan masih lagi cantik walau ringkas.
#5 Sugarscarf – My Love
Kalau anda mahukan gaya yang lebih fun and funky mungkin edisi My Love dari Sugarscarf bakal jadi pilihan anda. Sekali imbas ada
Cantik belaka! Terasa ingin beli semua diatas tapi tak termampu pula. Tunggu jelah dapat sponsor dari pasangan. Ihiks…