Masuk tahun 2019 banyak perkara yang bertukar kepada minimal terutamanya dalam dunia fesyen. Jika lihat debut peragaan ramai pereka fesyen kini melebih-lebihkan dalam teknik ringkas. Tidak lagi menggunakan fabrik-fabrik berat atau aksesori sarat.
Kalau dahulu orang pergi majlis makan malam atau parti kasual mesti berkepit dengan beg clutch bukan? Sudahlah kecil, tidak banyak benda boleh bawa bersama. Bagi penulis, beg clutch agak remeh dan gayanya terlalu klasik. Tidak sesuai dengan sekarang yang lebih trendy dan sofistikated.
Jika anda tercari-cari rekaan beg tangan yang menyerlahkan sisi classy dan elegan tanpa perlu berlebih-lebih, nasihat Wanista dapatkan beg tangan mini ini.
Jom lihat beberapa selebriti Hollywood mengayakannya di karpet merah, pertunjukan fesyen dan parti filem.
#1 Emily Ratajkowski
Dress ala Greek Emrata dipadankan dengan beg tangan mini berwarna hijau.
#2 Emma Robert
Suai padan warna aksesori dalam satu warna, contoh warna hitam tali pinggang bersama beg tangan Dior bak Emma.
#3 Laura Harrier
Comel sahaja Laura pantsuit menjijit beg tangan mini bercorak polos.
#4 Felicity Jones
Walaupun berkot labuh tapi masih lagi manis bila disatukan dengan beg molek ini.
#5 Priyanka Chopra
Kemas dan sempurna si cantik Priyanka dengan padanan rona nude pada pakaian dan aksesori.
Comel kan? Dan sangat praktikal untuk membawa telefon pintar, bedak kompak dan dompet.