Masih ingat lagi filem Kung Fu paling kelakar selepas “Shaolin Soccer” terbitan tahun 2001?
Siapa sahaja yang tak ketawa menonton adegan-adegan pertempuran Kung Fu paling dramatik dalam filem Kung Fu Hustle seperti babak yang di bawah ini…
Kejutan buat semua, Pengarah dan Penulis Skrip Stephan Chow baru-baru ini mengeluarkan kenyataan sah bahawa beliau sememangnya sedang menguruskan kemunculan karya komedi “Kung Fu Hustle” untuk sekuel yang kedua!
Menurut MAActionCinema.com, Stephan Chow sendiri mendedahkan hal itu menerusi sebuah temu bual dalam program “The New King of Comedy” baru-baru ini. Pembikin filem dan pengamal seni pertahan diri berusia 56 itu juga kini dalam perancangan untuk melengkapkan sekuel tersebut selepas menemoa kejayaan besar menerbitkan filem “The Mermaid” sekitar 2016 dahulu.
Tonton Trailer Kung Fu Hustle 2004
Menurut Stephan Chow lagi, sekuel kedua filem Kung Fu Hustle ini akan diberi sedikit kelainan di mana rentetan latar filem akan disambungkan ke dunia moden hari ini sebagai sambungan kepada filem originalnya.
Sehingga kini, sebarang maklumat lanjut berkenaan pelakon mahupun tarikh tayangan “Kung Fu Hustle 2” belum didedahkan secara rasmi. Sama-sama kita nantikan perkembangannya nanti okay?!