Nama Ted Bundy memang terkenal dimana-mana sebagai antara pembunuh bersiri paling kejam yang melibatkan kurang lebih 30 anak gadis sekitar tahun 70-an dahulu.
Walau bagaimanapun, sejak filem adaptasi kisah benar tentang pembunuh itu mula dipromosikan hujung minggu lalu, nama Zac Efron tidak berhenti menjadi sebutan kerana netizen tidak melihat relavennya watak yang dipegang Zac itu dengan sifat Ted Bundy sebenar yang boleh dianggap kejam serta berhati batu.
Tonton Trailer “Extremely Wicked Shockingly Evil And Vile”
https://www.youtube.com/watch?v=UP1ya1fiH_U
Menurut sumber, ramai beranggapan filem terbaharu arahan Joe Berlinger berjudul “Extremely Wicked Shockingly Evil And Vile” itu berat sebelah kerana tidak menampilkan keperibadian sebenar pembunuh Ted Bundy dan cuma melebih-lebih tentang sifatnya yang begitu romantik.
Ternyata, ramai yang terkeliru dan tidak faham bahawa tujuan asal pengarah Joe Berlinger mahu menghasilkan adaptasi yang hanya fokus kepada hubungan intim antara Ted Bundy dengan teman wanitanya, Elizabeth Kloepfer yang dimainkan oleh pelakon jelita Lily Collins.
Untuk pengetahuan semua, sifat sebenar Ted Bundy memang tidak kelihatan langsung seperti penjenayah namun dia memang handal mengawal ekspresi wajahnya serta tutur cara kerana beliau adalah lepasan ijazah Undang-Undang dari University of Utah dan pernah mengambil jurusan Psikologi.
Dalam waktu lain, sewaktu hari perbicaraan, Ted Bundy juga pernah menukar keadaan dalam bilik mahkamah menjadi pesta hiburan apabila hadir dalam persalinan sut biru sambil memakai bowtie lalu berlakon menjadi penguamnya sendiri. Hakikatnya Ted Bundy memang seorang individu yang “gila-gila”, tidak sensitif dan ada antara pengkritik filem memberi reaksi postif terhadap filem “Extremely Wicked Shockingly Evil And Vile” lakonan Zac Efron dan Lily Collins.
Y’all blowing tf out me with the Ted Bundy shit bruh…. the movie not romanticizing him, he was ROMANTICIZED in real life!!!!!! The movie just showing how he was able to use his “handsomeness” to evade being caught I honestly don’t see anything wrong and I’m going see the movie
— theONE (@ttoiiii_) January 26, 2019
Ternyata, Zac Efron sebenarnya telah berjaya membawakan watak menurut keperibadian sebenar Ted Bundy dan genre filem yang sepatutnya dianggap suspen ini, cuma mungkin tidak sepadan dengan jalan cerita yang cuba dibawakan. Mungkin Pengarah Joe Berlinger perlu menukar tajuknya agar tidak kedengaran begitu ekstrem kalau hanya mahu mendedahkan kisah percintaan antara Ted Bundy dan teman wanita yang hampir dikahwininya, Elizabeth Kloepfer.
People are getting so but hurt over the fact that the Ted Bundy movie is “romanticizing a serial killer” when THAT’S LITERALLY HOW HE WAS DEPICTED BACK THEN!!!! They ROMANTICIZED HIS ASS. Hell, did y’all even LOOK at the Ted Bundy tapes on Netflix? Y’all dumb as hell.
— ∗∘∹﹔Daya ⤷ not @Zendaya | Parody (@Zendvyaa) January 27, 2019
Jangan salahkan Zac Efron ya, dia cuma melakonkan watak Ted Bundy seperti yang diminta.