Sekitar tahun lalu, lagenda seni mempertahankan diri Jet Li mengejutkan dunia dengan rupa parasnya yang susut dan tidak bermaya tular di media sosial. Katanya beliau berperang dengan penyakit hipertiroidisme dan masalah tulang belakangnya sehingga rupa parasnya menjadi tua dari usia sebenar.
Baru-baru ini, Jet Li membuat kemunculan semula selepas menghadiri sambutan Lunar New Year di Sanya. Melegakan hati peminat kerana Jet Li kelihatan lebih sihat dan bertenaga daripada biasa.
Aktor 55 tahun itu tampil berkaca mata, menyarung jaket denim biru gelap, berambut dan tampak segar berbeza dengan penampilannya sebelum yang kelihatan lemah, gelisah malah hampir tidak mempunyai rambut.
Menjelaskan hal itu, pengurusnya Steven Chasman berkata “Jet Li baik-baik sahaja, tidak ada penyakit yang mengancam nyawa”.
Fakta
Hyperthyroidism menyebabkan perubahan dalam metabolisme dan denyutan jantung seseorang. Penyakit ini biasanya dirawat melalui ubat.