Kalau sebelum ini ada seorang lelaki sanggup berhabisan semata-mata mahu mendapatkan rupa paras BTS Jimin, kali ini terjebak nak jadi Blackpink Lisa pula.
Baca: Lelaki Mat Saleh Gila Obses Pada BTS Jimin Sampai Sanggup Ubah Muka (Gambar)
Cumanya lelaki ini bukanlah melakukan pembedahan plastik tapi setakat mengenakan mekap sahaja. Youtuber dengan nama QYOUNG memuat naik video dirinya bersolek untuk kelihatan seperti Lisa mendapat perhatian netizen.
Walaupun seorang lelaki, dia menunjukkan kemahiran solek yang mengagumkan untuk membuat dirinya kelihatan sama bak Lisa. Dia juga meniru gaya signature Lisa – double eyelids, cat eye dan raut wajah babyface. Setelah melengkapkan rupa, QYOUNG mengenakan rambut palsu dan seragam sekolah malah sempat pose seperti Lisa dalam lagu “As If It’s Your Last”.
Tak tahu sama ke tak? Tonton video tutorial di bawah…
Mungkin ada yang teringin nak mekap persis Lisa, tirulah cara Youtuber QYOUNG.
All The Best!