Rata-rata minyak wangi yang ada di pasaran bersaiz besar menyebabkan kita susah mahu membawanya bersama. Nak dapatkan saiz mini memang jarang ada. Oleh itu, jenama kecantikan dari Korea, innisfree memudahkan anda semua.
Perkenalkan My Perfume Stick!
Terdapat dalam 10 pilihan aroma, koleksi My Perfume Stick diilhamkan oleh empat musim di Jeju dan enam genre filem. Unikkan?
Mengetengahkan konsep praktikal, produk ini adalah penyelesaian yang sempurna untuk dibawa pada bila-bila masa, di mana dan ke mana sahaja. Langsung tidak memerlukan ruang yang banyak untuk diletakkan dalam tas tangan walaupun sekadar bergaya dengan clutch.
Bukan setakat itu, setiap pilihan aroma sesuai dengan mood untuk hari-hari anda. Pilih satu dari setiap koleksi dan lapisan mereka untuk terbitkan bau peribadi anda sendiri.
Tampil dalam pembungkusan rona pastel, setiap satu My Perfume Stick berharga RM42 dan boleh didapati di semua kaunter innisfree.