Orang umpamakan Miss USA sebagai Regina George kerana sikapnya yang talam dua muka.
Sarah Rose Summers, Miss USA 2018 dikecam netizen selepas video viral yang membuat komen kontroversi mengenai Nat Rern, Miss Kemboja kerana tidak boleh berbahasa Inggeris ketika pertandingan Miss Universe 2018.
Summers bersama dua peserta lain Francesca Hung, Miss Australia, dan Valeria Morales, Miss Colombia, melakukan Instagram Live. Summers dengan loghat dan mimik muka mengejek Miss Kemboja kerana kelemahan mereka yang tidak boleh berbahasa Inggeris.
“Miss Kemboja ada di sini dan tidak bercakap bahasa Inggeris, dan tiada seorang pun yang boleh bercakap bahasanya. Bolehkah anda bayangkan? Kesian Kemboja,” katanya sinis.
Siapa sangka sedutan video IG Live tular sehingga dikongsi oleh akaun Instagram popular Diet Prada.
Kini, Miss USA 2018 telah memohon maaf melalui akaun Instagramnya pada hari Khamis dengan gambarnya memeluk Miss Kemboja.
Aduhai dramanya… Rasanya Miss Australia dan Miss Colombia juga patut meminta maaf kerana hanya mengiyakan kata-kata Regina George wannabe, dah macam kambing hitam lagaknya. Cantik tapi perangai busuk…..
Acara akhir pertandingan Miss Universe 2018 akan berlangsung pada 16 Disember 2018 di Thailand.