Kerana impikan kecantikan sementera, wajah milik seorang gadis Britain yang kini menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi di Paris berubah secara drastik gara-gara alah dengan pewarna rambut yang digunakannya.
Menurut Estelle, 19, dia membeli pewarna rambut berjenama itu di pasaraya berdekatan sekitar Val-De-Marne dan sehabis baik telah mengikut arahan yang terdapat pada kotak pembungkusan produk berkenaan.
Silap Sendiri Tak Ikut Arahan Uji Alah
Walau bagaimanapun, menurut sebuah laporan akhbar luar negara, Estelle cuma menjalankan proses uji alah pada bahagian kulitnya selama 30 minit walhal, pada arahan produk, proses uji alah itu sepatutnya dilakukan pada kulit pengguna sekurang-kurangnya selama 48 jam sebelum boleh terus memakainya.
Ekoran hal itu juga, Estelle akhirnya terpaksa dikejarkan ke pusat kemalangan dan kecemasan di sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan segera melihatkan bengkak kepalanya yang semakin ekstrem dan kelihatan seolah-olah seperti bukan kepala manusia.
Lebih menakutkan apabila bengkak kepalanya itu berterusan hingga beberapa jam sehingga mencapai lebar 36cm dari saiz kepala normal miliknya yang cuma 56cm! Estelle turut disuntik denganadrenalin serta dipantau buat beberapa ketika oleh pakar.
Hasil pemeriksaan doktor memberitahu rupanya Estelle mempunyai alah terhadap sejenis bahan kimia dipanggil Paraphenylenediamine (PPD), yang turut terkandung dalam pewarna rambut berkenaan dan untuk pengetahuan semua, Paraphenylenediamine (PPD) lazzimnya ditemui dalam dakwat tatu, dakwat mesin pencetak kertas, gasolin dan banyak lagi.
Apa-apa pun, pengajaran yang Wanista boleh kongsikan dengan kamu semua adalah… sebelum menggunakan sebarang kosmetik produk baik produk rambut, wajah atau kulit tubuh sekalipun, sila buat uji alah pada bahagian kulit (lazimnya pada siku atau belakang tangan) untuk beberapa ketika dahulu. Ini bagi melihat kalau-kalau ada reaksi negatif daripada produk terhadap tubuh badan kamu.
Penjelasan Estelle Tentang Pengalamnya Yang Alah Dengan Pewarna Rambut
Hati-hati dan bertindaklah dengan bijak sebagai pengguna okay? ❤