Harga beg tangan berjenama di pasaran bukanlah murah semata, ada individu yang sampai ikat perut hendak memiliki beg tangan idaman. Tapi tahukah masih ada peluang untuk kamu membeli ‘banyak’ beg tangan pada harga berbaloi? Jenama O Bag ada jawapannya…
Berasal dari Itali, apa yang unik tentang O Bag adalah rekaan tasnya minimalis tetapi masih mampu memberi pilihan yang pelbagai buat penggunanya. Ia juga memberi kebebasan pengguna untuk berkarya ikut kreativiti masing-masing!
Penulis sendiri berpeluang mencuba tas O Bag dari siri Classic, ternyata biarpun tas ini pada luarannya nampak biasa namun dengan pilihan warna serta aksesori yang bersesuaian, kamu si fashionista pasti kelihatan bergaya dan menarik dalam masa yang sama.
Jenis-Jenis O Bag
Terdapat dalam pilihan O Bag Classic, O Bag Mini, O Chic, O Bag ’50, O City dan O Basket, harga yang ditawarkan sangat berbaloi dan bergantung pada rekaan tertentu bermula serendah RM270 untuk semua jenis badan beg (terdapat dalam pilihan 21 warna), manakala aksesori yang boleh dilaras dan ditukar ganti dengan pelbagai gaya seperti tali pemegang pula adalah berharga RM90 hingga RM290.
Bagi kamu yang mementingkan keterampilan beg, boleh dapatkan bahagian dalaman beg (insert) yang diperbuat daripada kanvas pelbagai gaya pada harga RM150 hingga RM345, manakala pelapik bibir beg yang dipanggil trim pula adalah dari RM185 hingga RM270.
3 Sebab Wanista Pilih O Bag Classic!
Stailo
Lebih mudah untuk bergaya dengan rekaan beg yang biasa-biasa begini. Walaupun ringkas dan polos, kamu mudah untuk memadankan beg tangan ini dengan pakaian yang dipakai. Lebih simple desain beg tangan, lebih senang dan stailo untuk digayakan!
Saiz Beg Sangat Memuaskan
Boleh disangkut ke bahu atau memegangnya begitu sahaja, O Bag Classic sangat versatile untuk digayakan ke mana-mana termasuklah sebagai beg tangan harian, carry on untuk dibawa ketika melancong mahupun sebagai beg pantai kala bersiar di pulau peranginan.
Saiz O Bag Classic yang penulis pakai ini cukup besar untuk menyimpan segala macam keperluan peribadi bersamaan 2 hingga 4 kampit gula tau!
Buat ibu-ibu yang sering membawa anak bersama, keperluan anak seperti pampers dan botol susu juga boleh memasuki saiz beg yang roomy sebegini.
Jimat Wang, Jimat Ruang Simpanan
Awal tadi penulis ada menjelaskan betapa kamu bisa memiliki ‘banyak’ beg tangan dengan hanya memiliki satu O Bag kan? Ya, ini kerana kamu boleh menukar aksesori seperti tali pemegang mahupun trim dengan pelbagai stail lain bahkan, harga badan beg juga tidaklah semahal beg-beg berjenama di butik kerana ia cuma berharga RM270.
Kalau bosan-bosan boleh tukar aksesori je nanti. Tak perlulah beli beg baru sepenuhnya dan dapat jimatkan ruang almari kamu!
Untuk pengetahuan semua, butik O Bag ada di I Utama di G130a (Old Wing), KLCC di 226B dan IOI City Mall di LG101A. Klik [obagmalaysia.com] untuk beli O Bag secara atas talian dan jadilah wanita moden yang paling bergaya dengan cita rasa tersendiri! ❤