Selain peha dan pinggang, bahagian lengan sentiasa menjadi ukuran sebagai pelengkap mood langsing dan seksi.
Bentuk lengan yang gelebeh dan besar bukan sahaja sakit mata memandang tapi kadangnya menyukarkan untuk kita mencari pakaian. Keyakinan untuk pakai strapless jadi kurang dan mula memilih pakaian yang sekali ganda besar.
Tapi lengan tidak akan kecil dengan sendiri tanpa senaman yang tepat. Selena Gomez yang berbadan genit juga sentiasa melakukan senaman lengan. Ternyata senaman lengan bukan sahaja mencantikan bentuk otot lengan tapi juga menyerlahkan postur badan anda.
Lima langkah senaman yang dikongsi oleh Selena ini ternyata boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana jua.
#1 Depakan lengan anda mengikut aras bahu kemudian bengkokkan siku anda pada 90 darjah. Lakukan sebanyak 20 kali secara perlahan-lahan.
#2 Bawa lengan anda pada bahu sebelah. Lakukan langkaun sebanyak 20 kali mengikut rutin yang betul. Pastikan siku anda 90 darjah dan sama aras bahu kehadapan.
#3 Depakan lengan anda dengan telapak tangan anda menghadap kebawah. Pastikan lengan anda lurus dan siku tidak terlalu tegang atau stress. Gerakan lengan anda kehadapan dan kebelakang secara bulatan sebanyak 20 kali.
#4 Regangkan kedua lengan anda dengan satu telapak tangan kebawah. Lakukan secara bertukar sebanyak 20 kali. Pastikan kedua lengan rapat semasa regangan dan bahu lurus tegak.
#5 Letakkan tangan anda diatas kepala dengan tapak tangan kehadapan. Perlahan-lahan bawa siku anda kearas dada, ulangi sebanyak 20 kali perlahan-lahan. Kekalkan bahu anda kebelakang dan kebawah.
Walaupun rutin ini nampak ringkas tapi anda akan alami perbezaan terutamanya otot lengan anda lebih tone up. Paling penting jangan pernah skip ya!