Isu panas mengenai Presiden Donald Trump tak akan pernah surut.
Baru-baru ini naik semula nama pelakon lucah, Stormy Daniels sejurus kenyataan dari New York Post mengatakan wanita ini bakal muncul dalam majalah fesyen terkenal dunia Vogue.
Stormy Daniels pernah dikaitkan dengan Presiden Trump selepas mengaku pernah dilanggan dan kemudian disogokkan wang besar bagi menutup mulut tentang hubungan dia dan Donald Trump pada tahun 2006.
Tindakan tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati pada Stormy dan kemudian menyaman pihak Donald Trump. Namun peguam peribadi Trump, Michael Cohen mendakwa pula Stormy Daniels telah merosakkan kempen pemilihan presiden 2013 dengan membuka semula ‘kontroversi lama’.
Stormy yang kini terpalit dengan skandal politik Trump menjadi perhatian dan kebencian pada ahli pro-Trump terutamanya. Memandangkan dia akan muncul dalam majalah Vogue yang membuka peluang untuk berinteraksi semula orang awam mengenai kisah ‘cinta’ bersama Donald Trump.
BACA: Sexy & Curvy! Lihat Perempuan Cantik Mana Yang Pernah Jadi ‘Buah Hati’ Trump
Pelakon lucah ini bakal muncul pada isu September atau Oktober serta bakal dirakam gambar oleh jurugambar hebat Annie Leibovitz. Walaubagaimanapun, wakil dari Vogue tidak memberi sebarang komen tentang spekulasi editorial ini.
Ringkasannya, Donald Trump takut Stormy Daniels akan buka cerita lama dan berbincang tentang kes mahkamah pada wartawan serta orang awam. Pengecut!