Lebih perit apabila si ibu rupanya melahirkan bayi menerusi pembedahan C-sec. Sakitnya perut selepas cesarean itu umpama perut dilanggar lori tahu?! Kerana peka dengan bakal-bakal ibu sekalian, ini Wanista kongsikan informasi berguna tentang pemulihan dan perubahan yang akan berlaku terhadap anggota tubuh selepas melahirkan.
#1 Perut: 1 – 2 tahun lepas bersalin
Perut selepas bersalin jadi buncit dan menggelebeh kerana itu merupakan sisa lemak yang pernah melindungi janin sewaktu hamil dulu. Buncit akan lebih lambat surut jika wanita itu melahirkan secara Cesarean -luka dalaman pun ambil lebih 1 tahun untuk baik. Sebab tu sesiapa yang C-sec dinasihatkan hanya boleh hamil 3 kali.
#2 Payudara
Payudara membesar 2-3 kali ganda kerana berat susu. Tisu-tisu dada pula tak dapat menampung berat tersebut lalu menjadikan payudara menggelebeh. Sila pakai bra bersesuaian dan selesa untuk menampung payudara yang semakin besar. Untuk ibu muda, tisu kulit masih aktif dan masalah payudara menggelebeh tu boleh dipulihkan dengan senaman, urutan serta pengambilan vitamin A, B dan C.
#3 Tulang Belakang: 3 – 4 bulan lepas bersalin
Kerana dah terbiasa bongkok sepanjang tempoh kehamilan, kamu akan menghidap kesakitan tulang belakang yang teramat dalam tempoh 3 hingga 4 bulan selepas bersalin. Itu adalah disebabkan perubahan hormon ketara. Boleh lakukan senaman khas untuk memulihkan kembali keadaan otot dan tulang belakang.
#4 Rahim
Berat rahim wanita bujang adalah sekitar 40 – 60g manakala, berat rahim bagi wanita yang sudah bersalin mampu mencapai 80g! Rahim membengkak dan perut ibu lepas bersalin akan kelihatan buncit sedikit pada bahagian abdomen. Jangan khuatir, ia akan surut dan luka dalaman akan pulih sendiri pada hari ke 9 atau 10.
Kencing juga akan keluar darah tetapi lama-kelamaan ia akan hilang sendiri.
#5 Pangkal Rahim (Serviks): 3 bulan lepas bersalin
Sewaktu bersalin, serviks terbuka lebih 4 – 5cm tetapi akan kembali mengecut pada hari ke-10 selepas bersalin dan pulih sepenuhnya selepas 3 bulan. Bentuk serviks akan berubah selamanya selepas bersalin dan ini hanya berlaku pada mereka yang bersalin normal, namun ianya perkara biasa.
#6 Faraj: 6 – 8 minggu lepas bersalin
Ramai kata faraj akan longgar dan meregang lepas bersalin tetapi itu tak benar, kata pakar. Bentuk dan keadaannya hanya berubah untuk sementara waktu. Dinding faraj akan kelihatan kemerahan semula dan haid akan keluar selepas 6 hingga 8 minggu kemudian. Elak seks dalam tempoh ini supaya luka faraj tak terkena jangkitan kuman.
#7 Emosi
Wanita yang baru pertama kali bersalin terutamanya sangat berisiko diserang sakit meroyan. Emosi dan fikiran terganggu bahkan mereka juga kepenatan melayan karenah bayi, tidak cukup tidur dan tertekan kerana risau tentang penampilan diri selepas ada anak.
Suami dan pihak keluarga perlu bantu si wanita untuk menyiapkan kerja harian, kurangkan beban dan kerisauannya -beri sokongan moral agar dia boleh terus bersikap waras.
Jadi tak perlulah risau sangat, lepas bersalin korang tak akan jadi hodoh pun. Semuanya akan kembali seperti normal kalau kamu ikut proses pantang dengan tertib. Selamat beramal! ❤